بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
TENANG DAN TEGANG | Keadaan atau situasi tenang itu anugerah.Mahal sangat.Harta yang banyak tidak dapat menjamin ketenangan itu mutlak manusia miliki.Tiada harta juga boleh membuat ketenangan terganggu.Habis itu bagaimana..sederhana yang disulami da disertai dengan keberkatan..inshaAllah tenang.
Tegang.Ada hujan ada panas.Ada siang ada malam.Berpasangankan.Ada lelaki ada perempuan.Kalau ada tenang pastinya ada tegang.Keadaan tenang dan tegang ini bersahabat.Bersilih ganti.Ada fungsi dan peranannya masing-masing.Allah selitkan rasa tenang..Allah turunkan juga rasa tegang.
Ada orang bawaannya sentiasa tenang.Tenang sangat.Apa pun situasinya cukup tenang.Ada orang sentiasa tegang.Biarpun pada hal yang kecil dan mudah ianya menjadi satu yang membebankan padanya.Itu yang sentiasa berasa tegang.Tegangnya dia buat situasi serabut dan tidak tenang.
Tenang itu dambaan setiap orang.PC sendiri pun mahu sentiasa berada di keadaan yang tenang.Mahu menjadi manusia yang tenang jiwa dan fikiran.Namun bila difikir kembali,kenapa Allah letakkan kita pada keadaan yang tegang..supaya kita tahu menghargai rasa tenang itu dan belajar daripada musibah.Situasi tegang itu adalah teguran DIA untuk kita manusia.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
saya dah dapat rasa dua perkara tetsebut.
BalasPadamtenang memang jadi dambaan..
tegang memanng siksa jugalah
Moga dalam situasi tenang atau tenang manusia sentiasa ingat Allah SWT .Aamiin.
Padambetul tu pc bila kita sentiasa berada di suasana yg selesa kita akan lupa dgn Allah, klu dlm suasan tegang kat situ la kita akn selalu ingatkan Allah
BalasPadamBetul la kak. Penting ada orang yang boleh sentiasa ingatkan kita. Dalam apa jua situasi agar tetap ingat DIA.
PadamMudah2an kita sentiasa dilimpahi ketenangan jiwa dan suasana
BalasPadamKrna tenang menghadapi ketegangan
BalasPadamSetuju dengan PC kadang-kadang situasi tegang itu adalah teguran daripadaNYA.
BalasPadamMungkin kita sudah sedikit tersasar lalu diberi teguran.