Bersemut Gitu..Alahai

BERSEMUT GITU..ALAHAI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BERSEMUT GITU..ALAHAI | Bila nampak yang mesra-mesra.Bila tengok yang indah-indah..hui mulalah bermonolog sendiri..siap pakej senyum simpul lagi..'hamboi manisnya'.'Amboi bersemutnya'.Itulah kita.Walau mungkin tidak semua beranggapan begitulah.Tidak kurang yang jeling-jeling meluat..alahai..muntah jingga.

related image

Bersemut gitu..alahai.

Kemanisan mesti disemai.Apa yang dilihat terkadang tidak sama dengan hakikatnya.Tapi kita sama-sama bersangka baik dan doakan yang baik-baik.Untuk membina satu hubungan yang bersemut itu mudah..sangat mudah..yang susahnya mahu mempertahankan suasana hubungan yang manis dan diberkati serta diredhai Allah SWT itu sebenarnya.Justeru semakin lama hubungan terjalin atau dijalin perlu lebih banyak usaha dan doa dilakukan.Kemanisan mesti disemai..tidak hanya pada pasangan suami isteri,malah sesama sahabat juga.Cuma setiap kita jangan sampai silap tabur gula..takut-takut menjadi penyakit.

Nikmat dan hikmah.Ada ketikanya pahit...pahit dan pahit mendahului.Kemudian baru disusuli kemanisan.Ada juga yang bersemutnya bukan main tapi terhenti dipertengahan.Apa yang paling indah bila mana semuanya tidak terlihat..hanya biasa-biasa namun momentumnya hingga hujung nyawa.Nikmat dan hikmah itu rahsia antara diri sendiri dan DIA.Tidak boleh dibayangkan dengan perkataan pun.Sukar untuk disukat sebenarnya.

Dalam kehidupan kita ini..hargailah setiap apa yang datang dan pergi.Semua daripada DIA.Pastinya setiap yang pergi itu menjadi satu memori dan pelajaran sedang yang bakal mendatang itu harus dinikmati dan syukuri.Asal jangan cuba untuk bersemutnya atas kehibaan dan kesakiti yang lainnya.Hargailah setiap makhluk itu sebaik-baiknya.

Bersemutlah dengan Allah SWT.Bahagianya luar biasa.In sya Allah.Aamin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Nasihat yg baik.. Betul lah tu kan.. Manis bersama Allah akan mendapat kemanisan yg berpanjangan

    BalasPadam
  2. Kalau terlebih bersemut dan hari-hari tayang memang boleh muntah jingga orang yang melihatnya hehehe...

    BalasPadam
  3. Eh! tadi Mrs. A ingatkan salah rumah sebab color dia lain.

    BalasPadam
  4. allahu, terima kasih atas perkongsian. bila baca tajuk entri, ingatkan pasal lovey dovey gambar pasangan ke hape. hehehehehehee

    BalasPadam
  5. Nasihat yang bermakna.. Sesekali kenalah bersemut kan PC.. kalau selalu sangat pun tak elok juga..

    BalasPadam
  6. Bersemut dgn Allah pastinya tidak merugikan.. berkat di dunia juga di akhirat.. aamiin.

    BalasPadam
  7. Harap2 semuanya yang manis2
    Tetapi sesekali perlu juga yang pahit sebagai penawar

    BalasPadam
  8. menghargai sesuatu yg datang itu indah, namun untuk yang pergi hargailah ia sebagai kenangan terindah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama