Kehebohan Dan Ketenangan..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KEHEBOHAN DAN KETENANGAN.. | Tidak panas sangat.Tidak juga mendung.Alhamdulillahh angin halus perlahan bertiup.Redup.Burung-burung berbunyi riang bersahut-sahutan mungkin sedang berbicara satu dengan yang lain.Isyarat mereka..hanya mereka yang lebih memahami.Manusia menikmati bunyi-bunyi.Syukur.Helaian baru dikalendar hijrah..subhanaAllah sudah pun berganjak ke bulan Syaaban kita semua..

related image
CREDIT GOOGLE IMAGE

Baik di perkiraan hijrah..mahupun masihi..bulan demi bulan pasti berganjak mengganti.Namun dalam apa sahaja situasi..berdoa sentiasa agar kasih sayang Allah sentiasa mendekati dan bersama kita hamba-hambaNYA.Sia-sia semuanya andai DIA berpaling daripada kita.Dalam hidup ini kehebohan itu sering buat manusia tertarik sedangkan hakikat sebenarnya adalah ketenangan yang paling dicari dan dimahukan.

Kehebohan dan ketenangan.Kontra dan sama-sama berat kedua-duanya.Kehebohan itu tidak perlu pun diusahakan dengn terlalu gigih mudah didapati dan sering memberatkan minda manusia..Ketenangan agak sukar ditemui dek pelbagai daya tarikan yang mengelilingi diri..dapat itu nikmat daripada rezeki yang Tuhan beri.Hargai.

Dalam kehebohan sukar untuk menemui titik ketenangan..tetapi dalam ketenangan tidak mustahil ianya mampu melenyapkan kehebohan dan nampak banyak jalan penyelesaian.InshaAllah.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

22 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang-kadang kehebohan itu mampu menutupi luka walaupun sekadar kepalsuan dan ketenangan mampu mendamaikan hati yang gundah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sha..kita manusia ada waktu perlukan kehebohan untuk lupakan seketika lara...dan kita juga sangat memerlukan ketenangan untuk lebih boleh lebih selesa.

      Padam
  2. Saya memilih untuk ketenangan, sebab pengalaman kehebohan itu telah membodohkan diri sendiri..lebih baik cari ketenangan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..ketenangan itu penting..lebih-lebih pada waktu kita sedang beribadahkan..nak rasa tenang dan fokus.

      Padam
  3. semoga kita sentiasa muhasabah diri

    BalasPadam
  4. menghampiri destinasi tanpa heboh2

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih..dah lama juga follow blog Eyma..syukur.

      Padam
  6. Nak dapat ketenangan tu kita kena selalu dekat dengan Allah kan PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Sue..itu jalannya..itulah sumber rasa ketenangan..

      Padam
  7. Balasan
    1. Betul Pakcik WP..malahan kurang sebulan nampaknya..moga diberi keizinan oleh Allah swt.

      Padam
  8. Assalamualaikum,
    Kebahagian yang hakiki ialah apabila ada tali hubungan dengan Allah SWT, kerana Dialah yang Maha Berkuasa mencampakkan kebahagiaan dan ketenangan ke dalam hati manusia. Doakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam..setuju.Bila kita jaga hubungan dengan Allah..Allah jaga juga kita.Aamiin.

      Padam
  9. semoga kita jgn terlalu heboh untuk kehebohan dan semoga kita tenang dengan ketenangan yg setenang-tenang dariNya..InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak Fuzy..elakkan heboh dengan kehebohan..tapi cari ketenangan dan minta rasa ketenangan itu dari Allah swt.

      Padam
  10. Dlm kehebohan tu silap2 boleh membawa kpd perbalahan dan ketenangan pula mampu mendekatkan diri kita kpd yg Maha Pencipta, in shaa Allah.. moga kita semua sentiasa diberi ketenangan hati dan jiwa... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila heboh ni Tn lazimnya banyak kepada hal yang tidak baik..banyak timbulkan masalah.Moga setiap kita Allah beri rasa tenang untuk mengurus kehidupan..

      Padam
  11. Ketenangan itu lebih membahagiakan.
    Heboh-heboh biarlah berpada-pada.

    BalasPadam
  12. Ketenangan lebih penting.. Kalau silap sikit kehebohan boleh membawa perbalahan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama