Maaf Sangat-sangat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MAAF SANGAT-SANGAT | Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada PC dan kita semua.Allahu.Dapat balik kampung lebih kurang seminggu lamanya satu nikmat yang bukan kepalang.Tengok babah mama senyum..tengok abah mak senyum..Allahu..tak mampu nak dinilai dengan apa pun di dunia ini.Lebih manis daripada madu dan gula.Lebih sejuk daripada air batu.Nak kata lebih sejuk daripada salji..tidak pernah lagi merasai sejuknya salji..tapi tidak mustahil sejuknya senyuman ibu bapa kita melebihi salji dan turun..walau sekarang masih lagi musim pans terik yang sepertinya hanya sejengkal matahari atas kepala..

Tidak mengapa sederhana bila berkumpul rasa mewahnya luar biasa.Tidak mengapa makan apa adanya tapi rasa macam makan tidak terhabis semuanya.Makan sambil sembang..berbual-bual memang tidak digalakkan..tapi dek kerana mahu mengisi setiap waktu yang ada..sambil makan sambil sembang..sambil baring sambil sembang...tapi kalau sembang dalam tidur itu mengigau namanya.

Bila duduk berjauhan daripada keluarga..nikmat yang paling ditunggu adalah masa peluang balik kampung.Betullah...sesiapa pun..selagi masih ada ibu bapa..keluarga..hargailah sebaik-baiknya..santuni sebaik yang boleh.Sedayanya.Semampunya.

Justeru dengan rasa rendah hati..PC minta maaf sangat-sangat kepada semua sahabat blogger yang sentiasa sokong..singgah dan tinggalkan komen di blog PC ni..sepanjang di kampung PC menggunakan sedikit masa sahaja untuk bersosial media..ada entri yang terpaksa autopublish..bila coverage internet agak lancar barulah PC on the spot menaip.Maaf sangat-sangat PC tidak blogwalking ,tidak membalas ulasan dan tidak meninggalkan ulasan di blog sahabat-sahabat blogger..inshaAllah nanti PC mulakan rutin seperti sediakala..moga diberi kesihatan yang baik.Aamiin.Mood masih rindu keluarga dan kampung sebenarnya PC ni.
Related image 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Siapalah kita tanpa keluarga. Hargai semasa masih ada. Dirindui setelah tiada dan kirimkanlah doa... Kawan datang dan pergi sedangkan keluarga kehadiran mereka dinanti-nanti... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kakcik.Mereka anugerah untuk kita.Biar seribu kawan yang datang kita tak tahu berapa yang sentiasa mahu bersusah senang..sedang ibu ayah kita..terima apa adanya kita.

      Padam
  2. seronok bila kita sentiasa di kelilingi saudara mara. m happy now coz my parents staying with me. senang nak pantau kesihatan dan keadaan diri diarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki tu sebab Allah beri peluang dekat dengan ibu ayah..pelung untuk lebih berbakti sangat luas..manfaatkan sebaik-baiknya ya.

      Padam
  3. Alhamdulillah nikmat yang sangat besar.. Ibu bapa dan keluarga..

    BalasPadam
  4. keluarga adalah harta yg paling bernilai dan bila sesekali balik kg tu kena manafaat kan the bonding sebaik-baiknya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama