Membela Diri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MEMBELA DIRI | Seni bela diri itu ada banyak.Silat,kungfu,taekwondo,tomoi dan ada banyak lagi.Masing-masing boleh memilik mengikut apa yang dimahukan dan mampu dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain juga sekiranya perlu.Dalam situasi sekarang sudah tidak kira baik lelaki mahupun perempuan seni bela diri bukan lagi satu yang aneh untuk dipelajari dan dikuasai baik seni bela diri yang datangnya dari negara sendiri mahupun yang didatangkan tenaga pengajarnya daripada negara luar.Mempelajari seni bela diri yang pelbagai itu lebih bagus sebenarnya..PC sendiri pun tak ada pelajari seni bela diri..bila nampak kanak-kanak berlatih taekwondo dan silat..comel-comel belaka dengan seragam masing-masing..hehehehehehe.

Semua orang tidak kira siapa pun..ada hak untuk membela dirinya sendiri.Sama ada membela dengan jujur atau sebaliknya itu hanya diri sendiri dan Allah SWT yang tahu.Bila masing-masing mula membela diri bukan satu perkara mudah untuk akui khilaf,,bukan kerja senang juga mahu meminta maaf.Dalam setiap pembelaan..masing-masing akan meletakkan diri sendiri berada pada tahap benar yang paling maksimum.

Faktakah.Autakah.Jujurkah.Berbohongkah.Setiap apa yang dilisankan bakal mempengaruhi langkah pada hari-hari seterusnya yang bakal dilalui selagi ada nyawa.Manusia lebih tertarik untuk membuat kesimpulan dan lebih senang untuk ingat hal yang dirasakan menyakiti dan menyakitkan.Ianya lebih lama memberikan kesan berbanding pada perkara atau kisah yang baik dan indah-indah.

Selagi manusia itu manusia.Biar istimewa kerana adanya akal.Melakukn khilaf itu agak mustahil untuk dihindar.Sesiapa pun.Potensi untuk buat khilaf dan membuat kebaikkan itu sentiasa ada.Hari ini kita melihat khilaf orang..tidak mustahil esok orang melihat khilaf kita.Meminimumkan kesalahan itu boleh..sifar kesalahan itu belum tentu kerana kalau tidak pada tindakkan atau lisan boleh sahaja melakukannya dihati..termasuklah PC..kerana PC tidak ma'sum.

related image


Membela diri di dunia sukar..membela diri di hadapan Allah SWT nanti lebih-lebih lagi sukarnya.Ingat itu moga ianya membantu kita lebih berusaha perbaiki kelemahan diri.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah swt 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu.. semoga amalan kita di dunia akan menjadi bekalan dan pertahanan di akhirat kelak. Insyaallah

    BalasPadam
  2. mampukah kita semua nnt membela diri depan Rabbul 'alamin???

    BalasPadam
  3. Takut bila fikirkan...mampukah nanti...

    BalasPadam
  4. Allah.. bagaimanakah agaknya bila tiba saatnya.. mampukah kita membela diri..

    BalasPadam
  5. Allahu... terasa kerdil diri ini bila memikirkan bagaimanakah mampu diri ini nak membela dihadapan Allah nanti. Mudah2anlah kita semua sentiasa dibawah ihsan dan rahmat kasih sayangNya.. aamiin.

    BalasPadam
  6. bela diri dengan ilmu dan amalan yang berguna

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama