بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MOGA BANYAK ISINYA BUKAN BANYAK SIA-SIANYA | Sedari awal bagi bangkit daripada tidur..tidak lekang kita daripada melakukan pelbagai hal.Aktiviti seharian yang disusun atau dijadualkan..atau yang hanya dilakukan santai mengikut sepertinya sahaja.Tidak terikat dengan janji atau tarikh juga masa.
Melakukan dan terus melakukan..hingga selesai..hingga semuanya mencapai seperti mana yang diingini baik diri sendiri atau orang lain.Susah mahu memuaskan hati banyak orang kerana setiap orang ada kriteria masing-masing.Kita dan orang lain terus melakukan seperti yang sewajarnya.Pada kita semua melunas tugas atau tanggungjawab lazimnya tidak terfikir dan sedar pun untuk mengasingkan antara baik dan buruk..salah dan betul kerana banyak hal luar kemampuan kita untuk mengawalnya.Sebab itulah ada istilah khilaf dan tidak sengaja.
Moga banyak isinya bukan banyak sia-sianya.Alhamdulillah sudah mencecah 3000 posts di blog PC.Syukur sangat-sangat.Mungkin sahabat blogger lain lebih jauh ke hadapan dengan jumlah posts yang lebih banyak dan bermanfaat..Allahu.Kagum PC dengan sahabat-sahabat blogger yang sentiasa aktif berkongsi dan menulis.
Gembira dan risau.Gembira Allah izin untuk PC masih boleh manaip,mencoret dan berkongsi ceritera.Moga yang baik-baik dapat PC sampai dan kongsikan dan benda bermanfaat sahabat-sahabat terima.Risau lebih sebenarnya andai hal tidak baik dan silap yang PC kongsikan dan menyebabkan orang lain turut melakukan khilaf.Allahu.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai Peribadi
uiiii banyak tu.... tahniah and keep on blogging!
BalasPadamAlhamdulillah..kak PC tengok sendiri pun macam pelik..eh apa yang dikonsi ni..diam tak diam..moga ada yang baik telah dikongsikan.
PadamSemoga kita memberi ilmu yg bermanfaat ye PC..
BalasPadamAamiin..inshaAllah kak..betul tu moga yang bermanfaat itu dapat pada kita dan orang lain juga.
PadamAlhamdulilah...banyak info tips dan cerita yang PC kogsikan yang banyak jadi pengajaran buat diri sendiri juga...
BalasPadamKeep writing PC ...
Alhamdulillah syukur.Begitu juga dengan blog akak..terima kasih atas sokongan..moga yang baik sahabat blogger dapat..aamiin.
PadamInshaAllah bermanfaat. Saya tengok post kak PC kebanyakannya memang bermanfaat. Moga Allah redha dan jadi saham akhurat. ;)
BalasPadamAllahuakbar.Terima kasih Fatihah.Aamiin.Harapnya macam tulah..sama-sama dapat manfaat..
Padamjangan berhenti menulis PC. akak suka baca :)
BalasPadamTerima kasih kak Laili atas dorongan..sangat menghargai..cuma jauh disudut hati rasa takut itu tetap ada..moga kita sama-sama terus memberi yang bermanfaat.
Padamoiiii.. banyak tu.. tak terkejar. keep it up ye.
BalasPadamBoleh kejar dan boleh lebih baik..inshaAllah boleh..
Padambanyaknya kak.. shu 1k pun belum dapat. huhu
BalasPadamAlhamdulillah..syukur..tapi akak risau Shu takut banyak yang sia-sia...mendapat juga nanti kak PC kat akhirat.Shu pun boleh..inshaAllah.
Padamwah banyaknya post, tahniah Kak PC =)
BalasPadamAlhamdulillah.Mizi pun boleh..malah lebih baik daripada kak PC..inshaAllah.Terima kasih.
PadamKagum dengan PC yang banyak idea untuk menulis
BalasPadamTerus istiqomah memenukan info yang bermanfaat kepada pembaca.
Terima kasih pakcik WP.Semua dengan izin DIA.PC pun kagum dengan pakcik WP yang suka bertani dan terus bersemangat berkongsi dengan sahabat logger yang lain.Aamiin.InshaAllah pakcik WP.
Padam