Moga Terus Bercahaya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MOGA TERUS BERCAHAYA |Kegelapan itulah yang paling ditakuti.Paling mahu dielak dan dijauhi.Takut.Mungkin  ada yang berani dalam kegelapan.Tidak kurang yang berasa sangat-sangat ketakutan dalam kegelapan.

Ada yang mahukan terang untuk melihat dengan lebih jelas..tetapi Maha Berkuasa Allah..ada yang diberi keistimewaan luar biasa bila mana penglihatan hatinya lebih terang biarpun kegelapan mata sepasang matanya.Allahu.Allahu.Allahuakbar.

Cahaya matahari menerangi siang.Cahaya bulan menerangi malam.Betapa manusia sentiasa mendambakan cahaya untuk menjalani kehidupa seharian.Untuk memudahkan pergerakkan dan seberapa banyaknya urusan.SubhanaAllah.

Itu kisahnya di dunia..tidak akan habis episod perjalanan kita manusia...apa sahaja yang manusia lakukan impaknya di bawa baik ketika masih hidup di dunia..setelah mati dan berada di alam barzakh..seterusnya di hari kebangkitan di mahsyar kelak tetap beterusan episod-episod dan kisahnya.Sama ada baikkah..burukkah..ya,ianya bakal berterusan akibatnya pada diri kita.Lantaran itu mengapa dikatakan dunia bukan tempat beristirehat untuk kita melainkan tempat untuk bekerja mengumpul seberapa banyak amal kebaikkan..menanam seberapa banyak dan boleh benih amalan yang Tuhan telah tetapkan.Mahu berehat.Bersenang lenang.Nanti,telah disediakan tempatnya yang paling istimewa.

Penampilan itu membayangkan bagaimana kita.Biasa-biasa.Sederhana atau ada-ada..Keperibadian atau personaliti kita dapat dilihat dan dinilai bagi orang yang sering dan suka membuat penilaian kemudian memarkahkan mengikut mahunya dia.Tidak kiralah bagaimana yang mahu kita pilih kerana semuanya di akhir zaman ini boleh diusahakan biar tidak berada disituasi sebenar pun pada hakikatnya.Satu hal yang semua perlu ambil tahu..bagaimana mahu mengadap Allah SWT nanti dalam keadaan yang paling.cantik..paling kacak dan paling bercahaya pada wajah masing-masing..

Daripada Nu'aim bin Al Mujmir berkata,
Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air whudu,maka barangsiapa diantara kalian yang mampu memanjangkan cahaya wajahnya maka lakukanlah (dengan melebihkan tempat basuhan anggota wudhu yang wajib)."

Hadis Riwayat Al Bukhari & Muslim

Moga terus bercahaya wajah kita semua nantinya..aamiin.InshaAllah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga kehidupan kita pd masa dpn akan dilimpahi nur...

    BalasPadam
  2. biar bersederhana janji hidup tenang.

    BalasPadam
  3. Nak dapat nur pun kena usaha juga.

    BalasPadam
  4. semoga dilimpahkan ilham untuk terus menulis.

    BalasPadam
  5. Aamiin.. semoga kita terus istiqomah tingkatkan amal ya PC..

    BalasPadam
  6. Mudah2an perjalanan hidup kita sentiasa dilimpahi sinar yang begemerlapan

    BalasPadam
  7. sebuah perkongsian yang baik.. terima kasih!
    saya singgah n follow di sini ya..
    https://faradidi.blogspot.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama