Fuhhh..Hujung-Hujung Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

FUHHH..HUJUNG-HUJUNG RAMADHAN |Kehadiran Ramadhan di nanti.Sangat dinanti.Walau nanti telah berakhirnya Ramadhan pun,Ramadhan akan datang sudah meniti dibibir umat Islam kerana rasa rindu justeru mengapa ramai yang memilih untuk menunaikan umrah di bulan mewah dengan keberkatan ini.Sesiapa yang ada rezeki .. peluang ini lazimnya tidak dilepaskan begitu sahaja.Tersemat juga impian dihati ini..satu masa jika dimurahkan rezeki mahu merasai nikmat berpuasa di tanah suci Mekah.Aamiin.

Kalau kehadirannya dinanti dan membahagiakan..sepuluh malam terakhrnya dalam bulan Ramadhan ini juga menjadi idaman setiap umat Islam.Sungguh,kerana salah satu daripada malam ganjil sepuluh terakhir di bulan Ramadhan merupakan berlakunya malam laitatulqadar..malam turunnya Al-Quran di mana merupakan satu malam terbaik dibandingkan dengan seribu bulan.
related image
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Surah Al-Qadr
Ayat 3-4

Sepuluh malam terakhir itu umpama satu pelarian yang menuju ke garisan penamat di bulan Ramadhan.Bayangkan kalau kita berlumba lari dipadang yang luas..semakin mahu sampai ke garisan penamat semakin itulah kita kerah segala tenaga untuk lebih baik,lebih pantas dan lebih mendahului.Semaksimum yang boleh dan semaksimum yang mampu.Dan sebenarnya..fuhhh..hujung-hujung Ramadhan inilah besar godaannya kerana seringkali menemui titik kegagalan untuk istiqhomah.Di hujung-hujug Ramadhan inilah sebahagian daripada kita sudah mula sibuk bergerak pulang ke kampung halaman..sibuk juga membuat persiapan akhir untuk menyambut kehadiran Syawal,sehinggakan keletihan dek mengejar potongan harga yang buat jantung berdegup kencang kegirangan.Allahu.Kepada yang sentiasa kuat..alhamdulillah,tahniah.Dan PC sendiri sentiasa berdoa agar Allah izin bertemu dan merasai malam indah ini..biarpun hanya sekali seumurnya hidup!!

Sepuluh malam terakhir.Salah satu daripada malam-malam ganjil.Itu petunjuk sebenarnya Allah SWT beri kepada kita.Cuma mungkin kita sendiri yang tidak mahu merebutnya.Allahu.PC pun sentiasa ingatkan diri..''nak kena kuat dan usahakan''.Moga berezeki tahun ini.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tibaa rasa sedih sayu hiba aje PC..
    Cepatnya masa berlalu, tau-tau dah nak raya ...

    BalasPadam
  2. Kc pun hujung2 Ramadhan ni la senang distract dengan benda lain. Makin banyak kerja nak buat haha

    BalasPadam
  3. INSYAA ALLAH MOGA BERTEMU LAILATULQADAR YG INDAH BERMAKNA

    BalasPadam
  4. akhir2 umur nak menapouse ni selalu missed malam2 akhirnya.. sedih gak hati. tapi itu rezeki kan.

    BalasPadam
  5. Semoga kita dapat tingkatkan amal pada penghujung Ramadan ini

    BalasPadam
  6. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua dgn sepenuh rahmat kasih sayangNya... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama