Goreng Punya Goreng Diri Sendiri Hangus

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

GORENG PUNYA GORENG DIRI SENDIRI HANGUS | "JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN MANGSA TETAPI MANGSA SERING TERLUPA PADA JERAT".Orang yang bercakap mudah sangat terlupa apa yang telah dia cakapkan..tetapi tidak bagi orang yang mendengar apa yag diperkatakan.Juteru mengapa sesiapa pun mesti berhati-hati ketika bercakap..lebih-lebih lagi berjanji.

Baik bersungguh-sungguh mahupun bergurau sahaja ketika berbicara..jangan pernah dibawa terlalu santai atau sentiasa dianggap bergurau semata-mata.Ingat,penerimaan orang tidak sama.Ada orang kita cakap serius pun dia anggap gurau.Dan sebaliknya,kita sungguh-sungguh gurau..ha sekali dianggapnya serius..tidak ke parah jadinya.Allahuakbar.Jangan anggap perangai setiap manusia itu sama.Fikir macam nilah...sedngkan adik beradik seibu sebapa pun perangai berbeza-bezakan..apatah lagi orang lain.

Sesuatu yang jujur..pusinglah ikut mana pun..jalan panjangkah..jalan pendekkah..ikut depankah..ikut belakangkah..ianya tetap sama kalau A..A lah.Sekiranya direka-reka mengikut sesukanya hati lantaran mahu membeli hati atau mahu membuktikan bagusnya diri sendiri dan buruknya setiap orang disisi..ceritanya tidak mustahil bertukar ganti biarpun dikisahkan dari orang yang sama.

Sangat berbahaya..jangan sampai goreng punya goreng diri sendiri hangus.Jangan pasang jerat untuk diri sendiri.Hujungnya diri sendiri jadi macam arang kayu.

related image
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. berani kerana benar, takut kerana salah. tapi kadang kadang terbalik pula jadinya. orang benar takut, orang salah berani. hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhir zaman...banyak yang dah terbalik dan menongkah arus.

      Padam
  2. Betul tu kak pc.. adakala bergurau itu orang anggap serius adakala perkara serius dianggap gurauan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Husniey..tu yang merisaukan.Hujungnya berkecil hati tu yang tak berapa seronok.

      Padam
  3. Kadangkala guruan itu mengundah bahaya.. bila yang serius dijadikan bahan gurauan..

    BalasPadam
  4. Jangan mudah berjanji kalau tak mampu untuk ditepati.
    Takut diri tergolong dalam sifat munafik tanpa disedari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Ada orang ambil ringan dan mudah bab berjanji ni..anggap macam tak ada apa2 walhal ada hukum yang berat perlu ditanggung.

      Padam
  5. Kadang terlampau nak tunjuk hebatnya diri, akhirnya memakan diri sendiri..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama