بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MEMANCING MOOD | Bukan ikan,udang sahaja boleh dipancing..eh mood pun boleh dipancing.Kalau nak pancing banyak jenis umpan boleh digunakan..begitu jugalah kisahnya memancing mood.Kreatif atau tidak sahaja.Agak mustahil mood sentiasa stabil.PC sendiri pun terkadang mood dah macam rojak..kalau macam pelangi kira rezekilah tu..tapi pelangi ni limited edition..kihkihkih.Semulajadi..begitulah kita manusiakan.Boleh berubah sedetik waktu.Tapi jangan diturutkan sangat buruk akibatnya.
Sana sini masing-masing teruja menyambut Ramadhan.Bila sudah masuk dan bermula sahaja berpuasa tanpa sedar masa itu pantas berlalu.Sangat pantas kita lalui dari sehari ke sehari.Allahuakbar.Biarpun bukan masalah besar pada si dewasa untuk berpuasa berbanding kanak-kanak..namun ada segelintir dewasa melebihi kanak-kanak ragamnya..kecuali ada masalah atau sebab tertentu dibolehkan hukum tidak berpuasa kepada si dewasa.
Terus terang,berpuasa ini berat.Serba serbi diuji.Semua teruji.Siapa pun boleh tewas.Mungkin berjaya tidak makan dan minum..tidak melakukan hal yang boleh membatalkan puasa namun belum tentu tidak melakukan hal yang menipiskan pahala.Boleh jaga mulut belum tentu boleh jaga hati.Boleh jaga mulut dan hati belum tentu boleh jaga tingkahlaku.SubhanaAllah.
Sering timbul isu ketika bersahur.Bangun tidur nak cari mood makan kadang ambil masa juga..jiran sebelah dah sendawa eh kita termenung lagi ye..cubalah cari menu mudah tapi membuka selera kita..yang boleh memancing mood kita nak makan ketika sahur..nasi panas..telur dadar..ikan kering sepat..sayur bening..fuh.Haha.
Sering timbul isu ketika bersahur.Bangun tidur nak cari mood makan kadang ambil masa juga..jiran sebelah dah sendawa eh kita termenung lagi ye..cubalah cari menu mudah tapi membuka selera kita..yang boleh memancing mood kita nak makan ketika sahur..nasi panas..telur dadar..ikan kering sepat..sayur bening..fuh.Haha.
Dalam situasi keletihan..mengantuk dan mungkin serba serbi menjadi perlahan..jangan sampai lupa memancing mood untuk lebih giat beribadah..membaca Al Quran..zikir..istighfar dan sebagainya.Seperti mana belum puasa sudah membuat persiapan raya..begitu jugalah moga yang dilakukan menghargai Ramadhan ini.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
ramadan kareem PC. selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sihat hendaknya. semoga mood kita semakin bertambah dari sehari ke sehari hingga ke 10 malam terakhir. amin.
BalasPadamAllahu Akram.Salam Ramadhan kembali kak Ana sekeluarga.Betul..kita tingkatkan semangat beribadah hingga semaksimumnya.Aamiin.
PadamSelamat menunaikan ibadah dibulan suci ramadhan. semoga kita diberikan rizky yang melimpah dan mood kita gak kurang malah nambah lebih mood lagi karena ini bulan yang ditunggu tunggu kita
BalasPadamAamiin..aamiin..aamiin.Mudah-mudahan begitu mahunya.Dapat menemui Ramadhan ini pun rezeki untuk kita ummat Islam.Syukur.
Padamselamat menyambut ramadan PC. Semoga kita mood kita sentiasa tenang dan sabar.
BalasPadamAamiin Kak Yaya.InshaAllah.Nak beribadah perlu tenang dan sabarkan kak.
PadamAssalamualaikum, salam Ramadhan 1440h. Moga sentiasa diberikan 'mood' dalam melakukan ibadah sehingga ke penghujung ramadhan dan bulan-bulan seterusnya...
BalasPadamWaalaikumussalam ustz.Aamiin.InshaAllah.Moga mood sentiasa Allah beri yang terbaik.
PadamAssalamu'alaikum.
BalasPadamRamadan Kareem PC. Semoga ibadah kita ada nilainya di sisi Ilahi. Aamiin.
Waalaikumussalam Kakcik..Allahu Akram.Betul kak..moga ibadah kita semua Allah redha dan terima..aamiin.
PadamHaha pancing dot ikan Boleh masak buat buka PC
BalasPadamBuat lauk berbuka ya kak..boleh jugakan..
PadamSalam Ramadan kareem PC.. semoga Ramadan tahun ini membawa lebih keberkatan buat kita semua.. aamiin. Selamat berpuasa.
BalasPadamAllahu Akram.Salam ramadhan juga Tn.Betul..itu yang kita harap2kan..keberkatan yang berterusan.aamiin.
PadamSalam Ramadhan sis PC :) Betul tu nak sahur tu kdg2 kena amik mood jugak. Lama duk termenung kt bucu katil dulu. Hihi
BalasPadamSalam ramadhan juga YEASLMN.Nak cari mood sahur yang melayang-layang ambil masa jugakan..hihi.
Padam