Nafsu Yang Membinasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

NAFSU YANG MEMBINASA

Puasa
Jangan sekadar tahan lapar dan dahaga
Jangan sekadar tidak mahu qada dan fidyahkan juga
Jangan kerana malu Islam tapi tidak puasa
Puasa itu ibadah wajib kerana Allah SWT

Nafsu yang membinasa
Bila lapar dan dahaga
Semua mahu
Semua berlegar-legar difikiranmu
Terasa-rasa ditekakmu
Terpandang-pandang dipandanganmu
Semua dihajati
Percayalah
Perut tidak menipu
Tidak mampu melayan rakusnya nafsu
Ada hadnya menjadi tepu dan padu

Nafsu tidak semuanya buruk
Ada nafsu yang melonjakkan kualiti insan
Lebih menjadi insan
Lebih menghargai peluang daripada Tuhan
Ya nafsu
Kerana ada nafsu manusia bersemangat beribadah
Kerana ada nafsu manusia ingat akhirnya kembali ke tanah
Kerana ada nafsu insan lebih tahu hidup berTUHAN
Kerana ada nafsu insan menyelusuri isi Al-Quran

Moga nafsu yang membinasa
Binasanya pada keburukkan
Pada kejahilan
Pada sandiwara kepura-puraan

related image
Nafsu Yang Membinasa

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Baik julia akan teruskan senyuman hehehe, semoga kita lebih fokus mengejar kualiti berpuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe..senyum tau.Aamiin.Dan moga Allah pelihara kesihatan kita supaya dapat fokus pada setiap ibadah yang dilakukan..

      Padam
  2. Nafsu dalam diam tu bahaya kan PC, tanpa sedar...
    Kena fokus suapaya puasa kita tidak di binasakan oleh nafsu ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nafsu dalam diam yang negatif tu sangat bahaya Sis..silap langkah jadi jenayah pun boleh jadi juga.Nauzubillah.

      Padam
  3. Salam Jumaat kak PC. Senyum selalu :) Hehe

    BalasPadam
  4. bila bln ramadhan nafsu nk makan macam2 tp kena bw bersabar..ikutkan nafsu membazir nanti kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea nak makan macam-macam tu lain macam sebenarnya..bila dah depan mata sebenarnya cuma nak minum je yang lebih.

      Padam
  5. Sempena Ramadhan nie semoga kita belajar kawal semua nafsu kan PC.. mana tau membawa sampai habis Ramadhan.

    BalasPadam
  6. hati kita boleh mendidik nafsu.
    Jangan nafsu mengawal hati

    BalasPadam
  7. semoga kita mampu melawan nafsu yang boleh membinasakan diri kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama