Nak Bahagia Tak?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

NAK BAHAGIA TAK ? | Bak kata kumpulan nasyid Raihan..iman mutiara kalau tak silap PC tajuk lagunya..''iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa..iman tak dapat dijual beli..ia tiada di tepian pantai''.Begitu juga dengan kebahagiaan.PC sentiasa mengharapkan kebahagiaan.Berdoa agar insan-insan disekeliing PC juga berada dalam kebahagiaan.Semua orang sentiasa berusaha dan mahukan kebahagiaan.Tidak boleh disangkal.

Bahagia itu subjektif.Masing-masing ada pendapat masig-masing mentafsirkan erti bahagia..maksud kebahagiaan yang mahu dicari dan ingin dimiliki.Selagi ianya tidak melangkau lunas agama untuk menggapai titik bahagia itu..teruskan sahaja dengan senang hati.

Nak bahagia tak?

Lakukan ibadah seperti yang ditetapkan.Solat,puasa dan pelbagai lagi ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lainnya.Buat betul-betul.Bayangkan esok tiada lagi untuk kita..inshaAllah manisnya kita rasai nanti.Jangan lupa doa..minta Allah SWT beri kita kebahgiaan..rasa bahagia.

Banyakkan dan sentiasa bersyukur.Dengan kata-kata..dalam hati dan perbuatan.Bersyukur buat hati kita tenang.Fikiran pun lapang inshaAllah.Tapi dek bersyukur jangan pulak malas usahanya..adoiii la..

Curahkan rasa kasih dan sayang kepada yang selayaknya sahaja..jangan merapu tak tentu hala.Hargai yang mesti dihargai jangan hargai yang tidak wajar dihargai malahan berlebih-lebih pulaknya ye..rotan nanti baru tau..kiki.

Sama-sama meraikan kejayaan atau kegembiraan orang lain.Ucap tahniah.Tunjukkan sokongan kalau perkara itu satu perkara yang baik.Ikhlas tak ikhlas itu Allah je yang tahu..tapi gerak geri kita tu boleh terlihat..kau terpaksa atau rela meraikan orang lain..

Kikis rasa atau perasaan negatif.Perangai iblis ni susah nak buang sebenarnya.Daripada awalnya sombong naik menjadi angkuh tidak tentu hala..walau baru menimati sedikit nikmat pun terkadang sudah mampu mengubah dan berubah manusia ni.Jangan iri hati.Iri hati ni ada dua.Iri hati menjurus kepada kebaikkan, dan iri hati menjurus ke kebinasaan.Tak takut ke..

Lakukan sesuatu yang kita suka dan Allah suka.Bukan lakukan perkara yang kita cinta tapi Allah murka..bahagia tapi bahagia sekejap sahaja.Kena percikkan minyak panas goreng ikan pun dan loncat-loncat oiii..apatah lagi api neraka..

Ada orang bahagia lihat orang lain menderita.Ada orang terpaksa pura-pura bahagia.Ada orang lakukan pengorbanan besar untuk memberi rasa bahagia.Banyak solusinya.Pelbagai pilihannya.Rasa bahagia itu sukar diperjelas kerana tahap atau skalanya berbeza-beza.Apa yang paling utama..bila berasa bahagia jangan sisihkan Allah daripada hidup kita..

Related image
Nak Bahagia Tak? | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. BERBAHAGIA DGN REDA-NYA SAMBIL DIKONGSI KEBAHAGIAANNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI..dengan redha-NYA itu sangat penting.

      Padam
  2. Terima kasih perkongsian yg bermakna.. Semoga Allah redha dunia & akhirat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.InshaAllah..aamiin...aamiin..aamiin.

      Padam
  3. Bukan hidup sempurna ada semua benda buat kita tenang kan.. cukup dengan bersyukur insyaAllah ada rasa bahagia 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey..bahagia itu bukan pada apa yang kita ada tapi rasa bahagia itu pada jiwa dan fikiran kita.

      Padam
  4. terima kasih pc atas perkongsian yg sellau menyentuh perasaan dan mengingatkan akak

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dengan segala kurniaanNya..
    In shaa Allah, semoga dapat terus jaga hati ini dari segala perasaan negative..

    BalasPadam
  6. Syukur dengan apa yang ada.. berbuat baik selalu, perbaiki dan tingkatkan amal.. patuh suruhanNya.. berbahagia lah kita nanti kan PC.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  7. bahagia perlu dicari.. syukur dgn nikmat yg allah berikan

    BalasPadam
  8. syukur dengan apa adanya, InsyaAllah bahagia kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama