Praktikan Hingga Tamat Ramadhan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PRAKTIKAN HINGGA TAMAT RAMADHAN | Bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan.PC sendiri pun begitu setelah tahu serba sedikit tentang keistimewaannya..manis dan hikmahnya.Bagi yang mungkin  biasa-biasa atau tidak peduli..Ramadhan akan tetap bertandang bila tiba ianya datang..bersediakah..atau sebaliknya itu diri sendiri acuankan..

Banyak sebab suka sangat bulan Ramadhan.Bukan dibulan-bulan lain tiada keberkatan..tiada keistimewaan,tiada hikmah dan manisnya..namun di bulan Ramadhan semua menjadi berganda-ganda.Hinggakan tidur pun dianggap ibadah di bulan Ramadhan..namun tidur yang sekadarnya sahajalah..kalau tidur daripada lepas sahur muncul semula waktu berbuka itu bukan ibadah jadinya..itu mencari dan meminta padah kecuali dengan sebab dibolehkan begitulah.

Teruja orang tak sama bila sebut Ramadhan ni..ada yang teruja sebab bulan Ramadhan nilah nak dapatkan rezeki lebih berniaga..ada yang bulan Ramadhan nilah dapat beli dan makan macam-macam jenis juadah yang jarang dan susah ditemui..ada juga yang teruja kerana bulan Ramadhan inilah juga serba sedikit mengurangkan angka pada penimbang.Ada macam-macam sebab teruja dengan hadirnya Ramadhan..cuma kalau boleh niatkan mahu beribadah kerana Allah dikedudukkan pertama dalam hati kita.Dan PC sendiri pun kena perbetulkan diri juga..hari-hari.

Berebut dan bersungguh-sungguh menambah momentum lakukan kebaikkan di bulan puasa ini bagus sangat.Lebih-lebih lagi andai dicontohi oleh orang lain walau tanpa kita minta..praktikan hingga tamat Ramadhan ya..teruskan selagi Allah izin kita hidup di dunia ini.Jangan cuma sebulan..jangan bermusim dan jangan kerana Ramadhan tapi kerana Allah SWT.

Related image
Google Image
Nak Apa Fikirlah Supaya Umat Islam tidak dikenali dengan tabiat negatif 
Bazar Ramadhan tidak salah yang kurang tepat adalah bila kita membeli dalam keadaan ghairah(teruja)

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Insya Allah tq atas peringatan

    BalasPadam
  2. Bagus peringatan PC ini.. tahun ini memang kawal nafsu.. supaya tak membazir..

    BalasPadam
  3. Betullah tu PC kalau pergi bazar kena kawal nafsu betul-betul contoh hari ni beli satu dua kuih aje walaupun tengok semua kuih nak hahahha. Didik diri tu takpe esok masih ada esok beli yang lagi dua tu pulak ha macam tu puasakan sebulan sehari satu dua kuih okay kot. #ingatanuntukdirisendirijuga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..boleh dan bagus cara tu...secara tak langsung jimat dan tidak membazir kan..

      Padam
  4. assalam pc
    selamat berpuasa.

    betul tu.

    setakat ni dessert mmg sediakan sndiri.
    menu lain pon sekadar cr ayam golek dan kerabu rumpai laut.. kerabu ni special sbb jumpa di pantai timur je.sblm sblm ni x pnh mkn hihi..

    esok lusa tulat x tau lah mcm mana lgi. hopenya berkekalan blh kawal nafsu membli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam umi rania..
      selamat berpuasa juga.
      Kalau masih boleh dikawal tu alhamdulillah..lebih-lebih lagi bila teringin sangat nak makan..belilah.moga istiqhomah berjimat ye.

      Padam
  5. Terima kasih atas ingatan PC.. suasana Ramadhan memang terasa lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. daya tarikan lain macam kan Kak Sue..hehehehe..perut kosong semua menawan hati.

      Padam
  6. In shaa Allah... terima kasih atas peringatan ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama