Rezeki Membentuk Darah Daging

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI MEMBENTUK DARAH DAGING | DENGAN HANYA SATU GIGITAN BUAH KHULDI NABI ADAM DI KELUARKAN DARI SYURGA DAN DI CAMPAK KE BUMI..KERANA ALLAH SWT TELAH HARAMKAN NABI ADAM MEMAKANNYA.

Walhal hanya satu gigitan sahaja..SATU gigitan!!!!..bererti haram tetap haram kecuali berada dalam keadaan yang benar-benar darurat barulah dibolehka..atau diharuskan.Tidak pada setiap masa tapi pada SITUASI-SITUASI YANG MENDESAK DAN TERDESAK yang kalau bertangguh boleh menyebabkan kematian*betulkan seandainya PC khilaf ya*..menunjukkan Allah sangat bertegas dan memandang berat pada sumber dan status apa yang kita dapat dan makan.

A114
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Surh Al-Nahl
Ayat 114

Rezeki membentuk darah daging.PC jauh daripada kesempurnaan sebagai manusia walau pun Allah SWT telah cipta PC sebaik-baik kejadian..begitu juga sahabat-sahabat semua.PC sentiasa percaya yang sempurna itu cuma DIA..justeru ada kalanya sebagai manusia biasa kita terlepas pandang sesetengah hal sedangkan hal itu ada kaitan dengan rezeki dan darah daging kita.Untuk berpatah balik satu perkara yang mustahil namun balaslah taubat yang berterusan.

Jangan pernah melabelkan rezeki orang lain itu haram dan sebagainya..kerana mungkin kita yakin rezeki kita halal tetapi belum tentu rezeki anak-anak..menantu-menantu dan cucu-cucu kita akan datang pun begitu juga..ertinya,kita tidak dapat membaca atau meramal masa hadapan..kita tidak tahupun corak dan masa hadapan keturunan kita yang mungkin ketika itu pun sudah menyatu dengan bumi.Paling penting jaga kata-kata jangan nanti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri..tak molek la kan..

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Peringatan yang sangat bagus untuk kita semua tentang rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.Terima kasih..aamiin moga bermanfaat ya..untuk PC dan sahabat blogger yang lain juga.

      Padam
  2. Exactly PC.. Penting untuk pastikan setiap sumber rezeki yang kita terima memandangkan akan menjadi darah daging kita.. Terima kasih atas peringatan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat penting.Moga Allah sentiasa hindarkan kita semua dari menerima rezeki yang subhah.Aamiin.

      Padam
  3. betul tu pc... jgn berburuk sangka dgn rezeki org.... insyaaAllah Allah Maha Adil apa yg diberikan pd kita itu la adil pada kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..status rezeki orang biar dia dengan Allah..cukup..kita perbaiki diri sendiri dan rezeki kita sahaja terlebih dahulu.

      Padam
  4. Betul tu PC.. kena pastikan rezeki untuk kita sekeluarga tu di jalan betul, sebab akan jadi darah daging dan akan di tanya semuanya nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takutkan kak bila memikirkan di sana tu.Allahu..kecut perut..ngilu rasa hati.

      Padam
  5. diperuntukkan mendapatkan rejeki yang halal dan thoyyiban

    salam
    fakhrezy

    BalasPadam
  6. nice sharing PC..semoga rezeki yang kita peroleh diberkahi dan tidak pula mempersoal rezeki orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.Terima kasig kak Yaya.Betul kak..kita clear kan dulu status rezeki kita.

      Padam
  7. REZEKI KITA SEMUANYA DRPD ALLAH BERSYUKURLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentiasa bersyukur inshaAllah nanti Allah tambah nikmat.

      Padam
  8. Betul tu kak PC. Kena jaga halal haram makanan. Kalau dah mudarat sangat baru diberi kelonggaran dan kemudahan. Moga kita semua dilindungi dari rezeki yang tidak berkat, syubhah dan haram. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Risau sebenarnya bab rezeki ni..yang bersih belum tentu halal..nak cari yang halal,suci pun kadang perit..perbuatannya pulak..tak pelah kita yakin dan doa.

      Padam
  9. peringatan bt anak2 adam dan hawa. sama juga rezeki dr sumber yg tak halal di beri pd keluarga akan mmebuatkan tak harmoni. itu pesan ayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Bahaya.Merosakkan jiwa sebenarnya sebab tu sangat mesti dijaga dan cerewet sikit bab rezeki ni.

      Padam
  10. Allah.. peringatan yang sangat bagus PC.. terima kasih..

    BalasPadam
  11. Pastikan rezeki yang halal sahaja menjadi darah daging kita

    BalasPadam
  12. dalam rezeki kita kadang2 terselit rezeki orang lain.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama