1 Syawal 1440H

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

1 SYAWAL 1440H | Allahuakbar.Alhamdulillah.Ramadhan telah melabuhkan tirainya..moga Ramadhan kali ini lebih menjadikan kita insan yang lebih baik dan memaknakan kehidupan berbanding yang sebelum-sebelumnya.Syawal mengganti seperti kelazimannya.Umat Islam diserata dunia girang meraikannya bersama sanak saudara,sahabat handai tidak kira di mana pun berada.

Lakukan yang sunat.Mandi sunat di awal pagi.Solat sunat hari raya.Bermaafan.Kemudian berkunjung ke rumah saudara mara.Itulah rutin setiap kali tibanya hari raya.Kelaziman yang menjadi adat.Kelaziman yang diturunkan sejak zaman berzaman.Alhamdulillah.Setiap hari lakukan khilaf.Sentiasa juga perlu memohon maaf.

Jaga akhlak.Terlanjur kata dan tingkah itu sering.Kadang tu spontan terjadinya namun selagi boleh tidak kiralah di mana pun berada terutama ketika berkunjung ke rumah orang untuk berziarah..sila jaga akhlak sebaik-baiknya.Ibu ayah pantau tingkahlaku anak-anak.Bila berziarah,sila perhatikan jugalah waktu-waktunya yang sebaiknya tidak menganggu dan tidak membuat tuan rumah berasa kurang selesa.Moga sama-sama selesa dan gembira.

1 Syawal 1440H

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat hari Raya Aidilfitri cik PC.. =)

    BalasPadam
  2. Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd PC dan keluarga. Maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
  4. Salam Aidilitri maaf zahir dan batin PC walaupun kita tak pernah bersua....

    BalasPadam
  5. Salam lebaran 1440H
    Mohon maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  6. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama