بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA KERANA ALLAH
Niatkan kerana Allah
Walau asalnya mungkin kerana tuntutan dunia
Demi mahu menjaga
Untuk sentiasa dihargai adanya
Manusia biasa
Tergelincir niat itu biasa
Tersasar matlamat tidak pelik
Aneh?! ..tidak langsung
Kerana manusia
Jiwa dalam hatinya ada niat berbeza
Kaji semula
Cari jalan pulang
Jangan berterusan menyimpang
Bila kerana Allah
Rasa sakit itu sekejap
Rasa marah itu macam sengatan lebah
Rasa sesak itu sekejap terbang
Bila kerana Allah
Jiwa kan sentiasa tenang
Fikiran selalu lapang
Tenang dan lapang bukan calang-calang
Bila kerana Allah
Manisnya lebih manis
Moga lagi-lagi manis nanti di SANA
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Betul PC, dalam usia akak begini perkara pahit yang dilalui kena redha, tarik nafas dalam2 dan fikirkan bahawa segala yang berlaku dengan izin Allah.. Dia Maha Mengetahui.. Kita hanya usaha, doa dan tawakkal..
BalasPadamBetul kak..sama pun PC macam tu juga kak..apa yang baik kita teruskan..kenang sebagai satu yang indah dan manis...mana yang pahit dan menyakitkan kita campak sejauh-jauhnya dan jadikan sempadan..
PadamKunjungan perdana.. salam kenal ya kak.. blog nya bagus :)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah.Moga ada kebaikkan yang dapat diambil ya..aamiin.
PadamBenar sekali...
BalasPadamBila mana semua kerja niat kerna ALLAH, insyaAllah semuanya akan jadi baik-baik..
Aamiin..walau uterkadang niat terseliuh kan Sis..PC sendiri pun kena sentiasa ingatkan diri dan betulkan niat.
PadamWalau pun urusan duniawi
BalasPadamkita niatkan segala urusan kita kerana-Nya.
Sebolehnya kan Pakcik..walau macam PC sering juga lupa..
PadamBetul tu PC.. bila semuanya kerana Allah, InsyaAllah lebih tenang dan semuanya baik-baik aja kan..
BalasPadamInshaAllah kak..secara tak langsung bila ada dugaan kita agak mudah nak pujuk hati kita yang marah atau sedih.
Padamsemalam akak mcm dh jd org putus asa,,, byk yg akan dibebankan nanti.... keje mcm menggunung ja tgu akak... semua org tgu akak habis belajar nk bgkan keje pd akak... akak mcm stress ja... akak rasa nak bhenti keje! tp pagi ni akak buang semua tu! Jgn pk apa nak jadi, buat ja, jalan terus... semua Allah dah susun.... Thanks for sharing PC.... buat la kerana Allah!
BalasPadamBetul la kak...kadang kita sentiasa ada rasa begitu..PC pun kak ada rasa waswas dan rasa terbeban walau belum pun PC lakukan..sedangkan tidak siapa yang boleh menelah bantuan Allah kan kak...inshaAllah akak boleh lakukan..dan inshaAllah setiap kerja dan tugasan akak Allah permudahkan..aamiin.
Padam