Kisah Pada Setiap Skala

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KISAH PADA SETIAP SKALA |Duduk dan bersembang.Pasti ada banyak cerita.Pelbagai kisah perjalanan kehidupan yang tercatat dan diingat sentiasa.Maniskah.Pahitkah.Kelatkah.Ada.Ya setiap kita ada kisah masing-masing untuk dikenang.Boleh dijadikan tauladan atau sempadan.

Bissmillah.Diazan pada telinga kanan.Diiqamah pada telinga sebelah kiri.Itu permulaan episod pertama dihari pertama kita yang beragama Islam.Dan pastinya setiap kepercayaan ada cara masing-masing merai dan menyambut hari pertama kelahiran.Diuruskan oleh ramai orang.Dimandikan oleh orang lain.

Kisah pada setiap skala.Siapa pun kita.Sekadar mana usia kita.Ada kisah pada setiap skala kehidupan yang kita lalui.Sedari zaman bayi,kanak-kanak,remaja,dewasa dan seterusnya tua..akan ada kisah yang kita lakarkan setiap waktu.Sama ada bekerja bermajikan,diri sendiri majikan,ketika dipra sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah seterusnya di kolej atau universiti..juga akan ada kisah yang mewah dengan warna-warnanya yang tersendiri.

Banyak peranan perlu digalas.DiPENGALIHATAN Allah SWT kita adalah hamba-NYA.Di pentas dunia ini..kita hamba yang banyak peranannya setiap hari.Kita akan bertindak dan melunas tanggungjawab sebagaimana peranan yang kita galas mengikut waktu dan persekitaran seperti mana selayaknya.Justeru untuk mengelakkan daripada lakukan khilaf itu terkadang satu yang agak mencabar maka tidak hairanlah ianya menambah lakaran dan warna dalam kisah hayat kita. 

Kisah pada setiap skala itu ada yang boleh mematangkan kita dan sentiasa memandu kita agar tidak tersasar lagi sekiranya tergelincir..dan tidak mustahil juga menjadi nadi yang terus berdenyut kencang supaya kita sentiasa sedar dan juga bangkit sentiasa.Sehinggalah nanti..degup jantung kita terhenti..kembali diurus oleh orang lain lagi..disambut dengan bisikkan azan..dihantar juga dengan seruan serta laungan azan..kisah pada setiap skala berakhir dan moga yang dikhabar-khabarkan hanya yang baik-baik sahaja.

Hitam.. Putih..silih berganti. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Zaman kanak-kanak dulu dapat duit raya seronok tak terkata.
    Hatta 50 sen pun.
    Sekarang lagi seronok bagi duit raya.
    Letak dalam sampul cantik-cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang seronok yang berganda-ganda ya kak.. :)

      Padam
  2. Moga skala akhir kita tamat dengan iman di dada. Moga kita mati dalam iman, khusnul khotimah aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..aamiin.Itulah doa terbesar kita kan..sentiasa mohon agar hujungnya baik.

      Padam
  3. Semoga pengakhiran kita baik, semoga Allah tutup aib kita..aamiinn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.Sangat berharap begitu Husniey.Sangat-sangat.

      Padam
  4. sebelum tidur selalu muhasabah diri. takutnya nak menempuh kematian..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama