Mudah,Ringkas,Cepat Dan Sedap

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MUDAH,RINGKAS,CEPAT DAN SEDAP | Syawal.Diraikan dalam keriangan dan keletihan.Haruslah gembira.Selepas sebulan berpuasa.Jumpa saudara mara.Balik kampung jumpa dan bermaafan dengan ibu bapa,adik beradik dan jiran tetangga.Mahunya tak gembira.Mahunya tak riang sentiasa.Betul tak.Lagi-lagi kanak-kanak dan anak-anak segenapnya.Yang dewasa fikir nak qada puasa..mereka sentiasa riang sepanjang masa..hihi..begitulah zaman kanak-kanak..biar mereka nikmati pada masanya..nanti-nanti menjadi kenangan indah dulu-dulu pula bila dah meningkat dewasa.

Keletihan?..ya,kurang tidur,kurang makan..serba serbi kurang..ke PC je rasa macam ni..orang lain tak..PC rasa sangat memerlukan tenaga tambahan bila hari raya ni..lebih-lebih lagi pada minggu pertama syawal..penat..letih..Tapi bila tengok orang datang terbang penat..

Tetamu sudi bertandang.Baik secara mengejut..dirancang atau bagaimana pun caranya..sebagai tuan rumah tentunya mahu menghidangkan sesuatu yang boleh dijamah oleh tetamu selain kuih muih yang sedia terhidang di atas meja dalam cepu yang comel-comel belaka..hikhikhik.Tak gitu?

Menu mudah,ringkas,cepat dan sedap laaah yang sering memeningkan dan dicari-cari.Masa itulahlah nak menyembang..masa itulah nak masak dan masa itulah nak menghidang..ni bagi kes datang mengejut dan tuan rumah terkejut terkentut-kentut..

Maka menu mi goreng sering menjadi salah satu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu yang sudi datang berhari raya.Jadi tidak hairanlah mi,bihoon,kuey tiaw,roti laku keras bila Syawal menjelma.Termasuklah air batu.Sebenarnya banyak je menu ringkas boleh disediakan..cuma kadang bila kelam kabut dan letih..otak jadi tumpul..hehehehe.

related image
Mudah,Ringkas,Cepat Dan Sedap | PeRdU cINta

Apa pun yang kita mahu hidangkan..asalkan tidak membebankan diri..itu dah syukur sangat.Berilah apa yang mampu kita sediakan..biarpun yang mudah dan ringkas..andai dari hati..nikmatnya tetap dirasai.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri PC, Maaf Zahir & Batin..
    Penat, letih, kurang makan, kurang tidur semua sis rasai waktu-waktu raya begini PC so samalah kita.. Syukur alhamdulillah bila Gardenia ada keluarkan mee kuning.. Sis suka makan mee kuning tapi kebanyakan produk mee kuning diragui.. Jadi sekarang beli keluaran Gadenia, lebih terjamin in shaa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak LZ..betul kak..kadang ada juga mee kuning yang rasanya pahit kan kak..sebab PC pernah terkena baik masak sendiri atau beli mee goreng di luar..bila dah ada yang diyakini..sedap..alhamdulillah..cuma tulah..di kawasan PC ni mee kuning gardenia ni cepat habis la kak..Allahu.

      Padam
  2. salam aidilfitri..mmg kena ada stock mee/bihun kira yg senang nk masak bila tiba2 ada tetamu mengejut kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat..inilah stok yang kena sentiasa ada..

      Padam
  3. SEDAP JUGA MKN MI GORENG LEPAS RAYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak PI..menu ringkas layan tekak setelah puas makan ketupat,rendang dan lodeh..

      Padam
  4. Menu yang jadi pilihan untuk menjamu tetamu yang hadir ke rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi-lagi kalau cakap nak datangnya mengejut..bersilat tuan rumah masak mee goreng jawabnya..

      Padam
  5. Nak cakap penat memasak ni, raya pun setahun sekali kan PC..
    Tetamu tu bawa rezeki. Ada rezeki adalah makannya, kalau takde, hidang air dan kuih raya pun kena bersyukur, sekurangnya dapat berjumpa dan bersalaman raya..

    Kalau tak raya, nak jumpa pun susah kan PC ...
    Sis pun dah simpan stok mee hoon dan barang basah, senang nanti kalau last minit blur nak masak apa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat Sis..fullhouse..maka perlu juga kerah tenaga..setahun sekali..penat sekaligus..tapi penat yang menggembirakan..ada yang memang datang nak makan...ada yang cuma nak ziarah..macam-macam pesen tetamu..kikiikiki..tuan rumah buat dn sediakan takat yang mampu jelah..raya gitu kekdahnya..kikiki.

      Padam
  6. Meraikan sehabis baik.. Walaupun penat tapi meraikan tetamu yang berkunjung tu membahagiakan.. Bila tetamu datang itu maknyanya masih ada yang mengingati kita..

    BalasPadam
  7. Betul tu.. Asalkan tidak membebankan diri.. Aidilfitri dirai setahun sekali.. Indah sungguh bila tengok tetamu ramai datang.. Adakala masak banyak kali kan.. Heee alhamdulillah penuh rahmat tu sambung silaturahim..

    BalasPadam
  8. Mama pun sama.. buat stok bihun Kat rumah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama