Sampai Masa..Matlamatnya Bukan Lagi Duit Raya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SAMPAI MASA..MATLAMATNYA BUKAN LAGI DUIT RAYA | SubhanaAllah.Alhamdulillah.Diam tak diam dah seminggu lebih kita meraikan Syawal.Seperti Ramadhan..banyak juga kisah Syawal kan..maklumlah Syawal boleh jadi 40 hari kalau tak di kawal..hehehe..tak mustahil lebih..kikiki..sungguh-sungguh meraikan kemenangan ni..rasa kuih raya tu sangat sedap..nanti tunggu bila dah habis raya..yang tinggal habuk-habuk tulah yang sedap..yang jadi rebutan..tonggeng cepu silap-silap..huhuhu..berimaginasi sangat PC ya..

Masih rayakan..bila dewasa dengan dewasa berjumpa cerita mereka tentulah cerita dewasa..walau kadang diselit juga cerita zaman mereka kanak-kanak agogo.Tapi kalau anak-anak atau kanak-kanak ni lazimnya cerita yang sesuai dengan merekalah..apa lagi kalau bukan duit raya....

Jangan kata kanak-kanak tak ada matlamat..bezanya matlamat kanak-kanak zaman 80an..90an..dengan matlamat kanak-kanak zaman menuju abad 21 ni laian maciammmmm sikit.Anak-anak sekarang lebih kehadapan melebihi orang dewasa pemikirannya..justeru tidak hairan kenapa bersungguh mereka nak duit raya..

Bila ditanya kenapa berpuasa?
A : Ibu ayah suruh,kalau tak puasa tak dapat duit raya.
B : Cikgu cakap tak puasa dosa,tak boleh raya tak dapat duit raya nanti.
C : Nak kumpul duit raya nak beli mainan banyak-banyak.
D : Ucu,ateh,uda dah janji kalau puasa duit raya dapat banyak-banyak.
Begitulah polosnya kanak-kanak yang putih,bersih,suci hatinya..biarkan mereka menikmati..biarkan..yang dewasa hanya perlu pantau dan menasihati..

Sampai masa..matlamatnya bukan lagi duit raya..PC pernah jadi kanak-kanak berasakan betapa ghairahnya mahu mengumpul duit raya..50 sen pun gembiranya macam dapat 5 ringgit..10 kali ucap terima kasih pada tuan rumah..hehe..balik rumah cepat-cepat masuk dalam tabung..angkat tabung..bahagia rasa bila tabung semakin berat..campur dengan duit poket sekolah yang disimpan..wow sangat..jadi bila lihat senyuman kanak-kanak bila terima duit rasa senyumnya lebih manis daripada madu dan gula..ya..sampai masa..matlamatnya bukan lagi duit raya..mereka akan faham puasa itu tuntutan hukum dan agama yang terkandung dalam rukun Islam.Ianya ibadah yang jika perlu ditinggalkan baik bersebab atau tidak bersebab wajib diqada dengan kadar segera.

Sampai masa kanak-kanak ini akan menginjak  remaja dan dewasa..hari raya itu bukan hanya menerima tetapi indahnya berganda jika memberi juga..bila mereka mula jelas dengan sebenar-benarnya matlamat puasa dan raya..detik itu mereka akan sentiasa menjaga..menjaga diri..tidak lagi timbul isu ibu bapa tidak mendidik dengan baik dan sebagainya kerana dunia kanak-kanak yang dulu mungkin mewah warna warninya...telah ditinggalkan seiring seseuainya usia.Menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan .

Related image
Sampai Masa..Matlamatnya Bukan Lagi Duit Raya | Sumber Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Benar sekali, dalam mendidik tapi jangan jadikan yang sepatutnya di tunaikan mendapat 'upah' atau balasan kan PC ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis. Tapi itulah jawapan yang biasa PC dengar Bila Tanya kenapa puasa pada kanak-kanak.

      Padam
  2. Umpan duit raya untuk pancing anak-anak. Kecil-kecil ni bolehlah kita atur. Esok dah besar dah tak boleh nak atur dah. Masing-masing dah besar dan pemikiran pun berubah. Setuju dengan PC biarkan mereka nikmati zaman anak-anak. Kita yang dewasa hanya perhati dan nasihat apa yang perlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak. Sekarang ok lagi. Nanti dah semakin dewasa moga mereka sedar yang puasa itu ibadah dan tuntutan agama.

      Padam
  3. jika niat baik pasti dipermudahkan
    reward and punish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Baik buruk tetap ada alasannya dan ganjarannya kan.

      Padam
  4. Sangat betul,jika berbagi bukan mengharapkan imbalan dibaliknya.
    Mendidik anak-anak perlu diterapkan seperti itu,lebih baik berbagi daripada menerima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Dalam hidup kita .. Adakala perlu menerima.. Adakala mesti juga memberi.

      Padam
  5. melentur buluh biarlah dari rebungnya...

    BalasPadam
  6. Selalunya macam tu lah kan PC, kalau puasa baru dapat duit raya. Mungkin cara nak didik anak yang masih kecil kut.. apapun semoga dengan cara tu anak-anak terus istiqomah jaga puasa sampai lah meningkat dewasa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak sue. Psikologi nak suruh anak-anak-anak puasa. Tapi Seiring usia.. Kena mklumkan puasa kerana Allah SWT bukan kerana duit raya.

      Padam
  7. mungkin dah besar nanti cuba tanam sifat ikhlas pula kan

    BalasPadam
  8. Betul tu...kalau perhati sepupu yang dah besar bila bagi duit raya dorang malu dah nak ambil

    BalasPadam
  9. Zaman sekolah dulu, masa raya nilah time collect duit raya.. tp skrng, silaturrahim tu mmg lebih utama. Setiap kali bg duit raya kan budak2 ttp akan ingat masa dulu tu.

    BalasPadam
  10. W'salam PC,
    Teringat masa kecil bila dapat duit raya rasa pelik kenapa ada orang bagi aku duit? Masa tu tak semua tuan rumah bagi duit raya.. Berbeza zaman sekarang, dah jadi budaya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama