بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BERUNDUR DAHULU UNTUK LEBIH MAJU
Meluru
Dari haluan mana masuk meluru terburu-buru
Berkejar-kejaran
Mahu semahu mahunya
Terus berburu
Sentiasa cemburu
Dapat digapai
Tidak dapat dicapai
Salah satu menjadi milik
Dikedua-duanya ada yang tersirat cantik
Dalam genggaman bolehkan terlepas
Jauh diselat bolehkan didakap
Pilihan tetap ada
Solusinya sentiasa tersedia
Mahu tidak mampu
Mampu tidak berdaya
Ada masa;
Semangat mendorong kudrat
Ada detiknya;
Kudra memacu semangat
Dan;
Bila semangt dan kudrat tidak erat
Bila mampu dan mahu cuma sejengkal dikerat-kerat
Berundur dahulu untuk lebih maju
Bukan kerana takut
Bukan kerana pengecut
Bukan terikut-ikut
Tetapi;
Carilah rentak mengikut mampu
Agar tidak nanti termanggu-manggu
Berundur bukan kalah
Pasangkan tekad untuk lebih jauh melangkah
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
BERUNDUR UNTUK MENGATUR LANGKAH MENUJU ARAH TERBAIK
BalasPadamBetul tu kak PI..tak rugi berundur dahulukan kak.
PadamMacam kucing simpan kuku dulu
BalasPadamSampai masanya tikus pun tak terlepas lagi.
PadamBerundur ibarat melompat jauh.. berundur bukan bermakna mengalah, tetapi menyusun atur langkah yg lebih baik utk melonjak lebih jauh ke hadapan.
BalasPadam