BILA LAGAKNYA SEPERTI TAHU SEMUA PERKARA | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Betul-betul tahu atau pura-pura tahu, atau tahu tapi tidak keseluruhannya. Ada beza yang ketara.Ada orang boleh menguasai banyak perkara atau pengetahuan dalam masa yang sama dan dalam waktu yang singkat. Ada orang hanya boleh dan mahu menguasai hanya yang dirasakan suatu itu betul-betul perlu pada dirinya sahaja.Yalah lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Dan parah juga bila ada orang langsung tidak mahu ambil tahu.
Tetapi, LEBIH parah bila mana lagaknya seperti tahu semua perkara. Hui berasap jadinya. Lazimnya orang yang tinggi ilmunya sering banyak diam dan bersahaja sehinggalah ditanya atau ada yang mahu tahu sesuatu daripadanya. Berbanding dengan hanya lagaknya tahu ni.. kadang lain macam cara dan gayanya. Pilihan masing-masing, tak gitu.
Baiknya;
Dengan kadar paling segera banyak hal atau perkara diketahui tanpa diminta atau ditanya pun. Boleh jadi juga lebih pantas daripada up status di media sosial. Tidak perlu modal, cuma tadah tlinga sahaja bagi yang berminat.
Buruknya;
Fitnah mula merebak dan mencair ke mana-mana. Yang buruk tambah buruk. Yang belum tentu salah dihakimi lebih awal. Yang tertindas lebih terkandas. Fakta atau sahihnya satu-satu cerita atau jalan cerita bukan lagi menjadi carian dan isi penting untuk digali atau disiasat.
Paling menyediahkan;
Bukan sahaja cerita dikongsi.. dosa juga bertebaran ke mana-mana. Terpalit sana sini.
Bila lagaknya seperti tahu semua perkara itu bererti sedang membuka dan meluaskan pintu-pintu masalah untuk lebih mendekat dan melekat. Jangan nanti hujungnya cuba-cuba meluruskan telunjuk pada orang lain sedangkan banyak yang diri sendiri telah terlebih dahulu mulakan.
Bila Lagaknya Seperti Tahu Semua Perkara | Google image
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Lagaknya Seperti Tahu Semua Perkara
Tags:
Santai
Setuju... yang lagak tahu ni selalu bising berbunyi.
BalasPadamOrang yang ahli ibarat ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk.
Zaman fitnah ni lebih baik berdiam daripada sebarkan apa yang tidak sahih.
BalasPadam