بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA MEMANG SUDAH MASANYA
Berat atau ringan
Susah atau senang
Pahit atau manis
Telan tetap ditelan juga
Itulah asam garam kehidupan
Biarpun sayang tetap harus dibuang juga
Walau berharga tetap mesti dilupakan jua
Bernilai bila memang sudah masanya berganti juga
Seberapa bernilainya harta benda yang kita punya
Sementara
Ada tarikh luputnya
Biar berat segenap rasa
Harus merelakan juga
Pergi seketika
Kembali selamanya
Nanti-nanti akan bersua
Atau hanya menanti di SANA
Mati itu pasti bagi yang bernyawa
Untuk semua
Hitam tidak selamanya hitam
Putih tidak selamanya putih
Barangkali boleh beralih dan berganti
Pintu taubat sentiasa terbuka
Hidayah Allah sentiasa ada
Bila memang sudah masanya
Tembok besar berkecai juga
Lautan luas mengering mudahnya
Gunung ganang melebur semuanya
Langit biru runtuh merapuh
Yang disebut-sebut muncul juga
Nanti ini semua berlaku juga
Kiamat yang dulu cuma didengari sahaja
Bila Memang Sudah Masanya | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
TAKDIR YG TELAH TERTULIS SEJAK AZALI
BalasPadamKita hamba terus mencuba menjadi yang terbaik pada PANDANGAN-NYA..aamiin.
Padamsedih pula saya baca entri ini sis
BalasPadamAllahuakbar..hakikat kehidupan..untuk semua setiap yang bernyawa tempuhi..
Padamterasa di hati yang paling dalam.. huhuhu
BalasPadamtiada yg kekal...
BalasPadam