Hakikat..Ini Bukan Sembang Kosong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HAKIKAT .. INI BUKAN SEMBANG KOSONG |Sembang berisi itu lebih bermanfaat.Lebih mendatangkan banyak faedahnya bukan pada diri sendiri sahaja malahan pada orang lain juga.InshaAllah.Aamiin.

Sembang kosong..bukan tidak baik.Bukan juga semuanya sia-sia..kadang kita manusia ni kalau asyik serius je..asyik fikir hal yang berat-berat je..bahaya juga...kurang baik juga untuk kesihatan diri sendiri.

Hari ini..zaman sekarang melalui dan meneruskan kehidupan bukan hal mudah.Banyak cabarannya.Cabaran pun rezeki sebenarnya.Ada orang dia rasa mudah je laluan yang dia lalui.Ada orang berat sangat pula dugaan yang dia mesti tempuhi.Diskala mana cabaran itu rezeki masing-masinglah.Banyak realiti kehidupan yang dilalui cuba dinafi.

Hakikat..ini bukan sembang kosong.

Sabar itu mudah dilisan dan dibisikkan tapi tidak mudah dihidup dan diserapkan dalam hati dan fikiran kita apatah lagi pada orang lain.Sabar mengurus ekonomi,sabar menangung kos sara hidup,sabar melayani karenah orang,sabar dalam berdoa..ya sebenarnya siapa kita hari ini kerana sabarnya ibu bapa kita dulu..dan siapa kita hari ini juga kerana izin-NYA yang sentiasa membantu kita untuk terus sabar..sabar dan sabar.

Marah.Perkara mudah dan bila-bila masa boleh dilakukan walau kadang tanpa alasan pun.Saja mood marah nak datang..marah jelah ikut suka.Boleh gitu?..siapa buat macam tu awak menzalimi tanpa sedar..termasuklah orang lain buat,orang lain kena..marahkan nyamuk eh kelambu dibakar ya..amboi kerja senang nampak.Kan rugi tu bakar kelambu,baik-baik seekor nyamuk yang hisap darah...bila kelambu dibakar habis satu badan bintat dek nyamuk.Hehehe..Namun,hakikatnya PC sendiri pun susah nak kawal rasa marah.Hakikat..ini bukan sembang kosong.

related image
Hakikat..Ini Bukan Sembang Kosong | Gambar Google

Menghadapi satu kenyataan.Sesiapa pun rasa berat,sedih,sakit dan pedih untuk menghadapi satu kenyataan yang memang cuba dielak dan tidak mahu ditempuhi.Apa sahaja dalam banyak atau pelbagai hal.Kerana persediaan fizikal,mental dan emosi itu kita lakukan sekadar berdayanya kita sahaja sedangkan sebenarnya Tuhan lebih tahu kadar kemampuan kita menghadapi satu kenyataan sebenar.

Lupa.Boleh jadi penyakit .Boleh jadi juga tabiat.Kalau ada insan sekeliling kita kata dia lupa..jangan terus melenting marah dan sebagainya kerana kita tidak tahu apa yang dia telah dan sedang alami.Lupa ni sangat rapat dengan memori kita.Lebih banyak kita berfikir dan mengingat tidak mustahil juga satu dua hal yang kita lupa.Lagi-lagilah kalau sambil buat kerja sambi litu juga memikir dan mengingat..fuhhhh.Maka bakal ada yang lupa untuk diuruskan tanpa sengaja.Tapi kalau lupa itu tabiat..sila waspada ya..jangan marh kalau kena marah..jangan nak bulat biji mata tegang urat leher bantah tak tentu pasal.

Terlalu banyak hakikat sama ada pahit atau manis,berat atau ringan yang perlu digalas oleh kita dan sesiapa pun.Boleh jadi hakikat tidak seindah mimpi kerana itu terbaik untukmu..boleh jadi juga mimpi tidak seindah kenyataan...itu rezeki buatmu.Syukuri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju yang akhir.. Hakikat tak seindah mimpi.. besar maksudnya kalau dihuraikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Husniey..hanya yang mengalami dan mengetahuinya sahaja memahami dan boleh merasakan.

      Padam
  2. betu. sabar mudah dilisan tapi susah mahu diamal. moga kita semua tergolong dalam kalangan assobirin. dalam apa jua keadaan 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..aamiin.Setuju sangat.Nak sabar bukan mudah kan..banyak cabarannya.kalau tak betul-betul lain jadinya.

      Padam
  3. Benar, hakikat tak seindah mimpi. Kena juga lalui walau penuh onak dan duri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Apa pun kena tempuh kerana percaturan Allah itu paling sangat terbaik.

      Padam
  4. PAYAH HADAPI KENYATAAN ITU HAKIKAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak PI..payah..berat..semuanya ada kan kak.

      Padam
  5. Balasan
    1. Betul sangat tu Mizi..setuju tapi yakinlah pasti ada hikmahnya.

      Padam
  6. Alhamdulillah syukur dengan semua rezeki yang Allah bagi 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kita bersyukur..maka lebih juga nikmat Allah beri..alhamdulillah.

      Padam
  7. hakikat tak seindah mimpi. namun sabar, redha kerana seiap perjalanan yang Allah tetapkan adalah yang terbaik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama