ISU
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
Saya,awak,mereka
Kita masing-masing punya isu
Cuma;
Berbeza sebab berbeza punca
Ada tetap ada
Beza;
Besar atau kecil sahaja isunya
Orang besar-besar
Orang kecil-kecil
Orang di atas
Orang di bawah
Isu tetap ada sentiasa ada
Berlegar-legar juga di kepala
Dibebas dengan lisan
Ditahan dengan bungkam
Isu tetap perlu dipecahkan
Mencari solusi
Mencari bagaimana mahu mengemudi
Isu
Hidup ada isu
Mati pun ada isu
Isu bukan semuanya buruk
Isu ada yang baik juga
Boleh dikecilkan jika mahu
Boleh menjadi besar jika melulu
Terserah persepsinya bagaimana
Isu itu boleh menarik
Isu itu boleh menolak
Apakah;
Perhatian manusia
Lebih penting dan utama;
Perhatian Tuhan
Jangan tiada diada
Takut diri binasa
Jangan ada dilepas sahaja
Kelak di sana menjerat juga
Isu | Gambar Google
Tinta Perdu Cinta ❤
Isu
Tags:
Santai
Salam ramadhan PC, semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua.
BalasPadam