Jalin Hubungan Selain Sesama Insan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JALIN HUBUNGAN SELAIN SESAMA INSAN 

Seandainya belum
Cubalah
Dipersilakan untuk mencuba
Buka ruang dihati bagi yang tidak atau kurang suka
Luaskan laluan untuk rasa sayang itu tumbuh dan subur melata
Subur bercambah setiap masa

Jalin hubungn selain sesama insan
Boleh jadi dengan tumbuhan
Boleh berlaku dengan haiwan peliharaan
Cuba dan rasakan luar dari biasa 

Getaran rasa berbeza
Rasa kasih ada nilainya
Nanti diri sendirinya terdidik
Ilmu yang datang daripada pengalaman

Bina dan pupuk hubungan tanpa bicara
Jalin rasa tanpa paksa
Siram sentiasa dengan rasa berbunga-bunga
Kasih dengan selain insan
Tiada rasa mahu mengungkit segala
Tiada rasa mahu mengkeji apatah lagi mengata
Tiada terdetik pun ingin meminta balasan darinya

Bukan direka-reka
Sampai masa mereka tahu bila masanya
Memujuk hingga kita terpujuk
Menggantikan air mata dengan segaris senyum tawa
Mereka ada cara mendengar
Mereka ada cara bicara
Saling tidak memahami
Namun saling merasai

Selagi terus sama-sama menjaga
Nikmat daripada Ilahi terus kita rasa

Related image
Jalin Hubungan Selain Sesama Insan | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Banyak kebaikan bila berbuat baik dengan mahkluk Allah selain dr manusia. Semua saling berkait antara satu sama lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu kak Ana..banyak hikmahnya kan kak.

      Padam
  2. BERKASIH SYG DENGAN SEMUA KEJADIAN ALLAH INSYAA ALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.saling berkasih sayang dan sentiasa menghargai satu sama lain..kan Kak.

      Padam
  3. Pupuk rasa sayang buat yang lain selain manusia..

    BalasPadam
  4. Kasih sayang sesama makhluk tuhan. Sama-sama menumpang di bumi tuhan. Terima kasih pc untuk ingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.Moga bila kita sayang semua..ada balasan baik untuk kita juga akhirnya..aamiin.

      Padam
  5. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain saling berkait cuma kadang-kadang sesetengah manusia itu terasa diri mereka yang terbaik lalu lalai/lupa nak berbuat baik pada makhluk lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mrs A.lagi satu manusia rasa lebih mulia sebab Allah beri otak yang ada akalnya..berbanding yang lain..sedangkan sepatutnya yang ada akal itulah yang lebih mesti bijak berfikir dan menilai.

      Padam
  6. yang penting mencuba. tak kenal maka tak cinta.

    BalasPadam
  7. indah nyer bait kata pc.
    aida sudah bermula. meluangkan masa dgn pokok bunga :)
    membelai nyer setiap ptg.
    menyiram. mencabut rumput / lalang. sisihkan batu-batu kecil.
    bukan pokok berbunga semata-mata.
    kini ada 5 edible plants, pc. yg kerap guna utk masak la. daun kesum. cili padi. daun limau purut. limau kasturi. daun pandan
    esok2 kiranya subur, lebih2 tu nak pack molek2 dan kasi ofismet.
    tak nak la jual. alang2 boleh sedekah, in shaa Allah, nape nak jual, kan :)

    BalasPadam
  8. Hablumminnallah, hablumminannas... in shaa Allah. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama