JANGAN HANYA JAHIT KOYAK SENDIRI | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Jaga periuk nasi masing-masing. Jaga tepi kain masing-masing. Ya, jaga masing-masing namun ada ketikanya juga kita perlu saling sama-sama menjaga demi kebaikkan bersama juga.
Lihat orang cuba bayangkan diri sendiri. Nak muhasabah diri.Nak betulkan diri. Nak berubah.. cuba lihat orang dan bayangkan diri sendiri. Letak pada situasi. Memang tidak boleh dan tidak sama pun.. melalui dengan membayangkan manakan nak samanya. Logik. Kalau sedih.. sedihnya tak sama.. kalau malu.. malunya pun tak sama juga.. kerana tidak mengalami. Tetapi sekurang-kurangnya cuba untuk memahami dan meredakan. Salah satu caranya jangan hanya jahit koyak sendiri.
Ada kisah silam yang telah lama ditinggalkan. Ada kisah baru yang mungkin dilakarkan. Kita tidak dapat menjangka pandangan atau persepsinya orang kerana setiap orang ada kepelbagaian pandangan dan cara penerimaan masing-masing. Boleh sahaja yang yang sampaikan itu satu kebahagiaan tetapi bertukar kesengsaraan. Boleh jadi yang disampaikan itu hanya gurauan eh bertukar menjadi perdebatan. Nampak tak.
Tak ada orang nak tunjuk sisi buruk kehidupannya pada orang lain. Kalau boleh biarlah semua yang baik-baik, yang indah-indah,yang manis-manis supaya boleh dicontohikan.. jadi jangan hanya jahit koyak sendiri sahaja.. nanti bukan kita sahaja yang disenangi.. orang lain juga turut disenangi satu dengan yang lain.
Kita jaga aib orang.. 10 kali Allah jaga aib kita.Bayangkan andai kita jaga banyak aib orang berapa banyak aib kita Allah SWT akan tutupkan. Sedangkan aibkan diri sendiri pun Allah SWT larang kita lakukan.. apatah lagi aib orang lain.. itu bererti Allah mahu kita sama-sama saling menjaga maruah dan air muka satu sama lain tidak kiralah siapa pun orang tersebut.
Jadilah selembar kain yang panjang dan lebar agar dapat menutupi apa yang tidak wajar dipandang dan diketahui oleh orang lain.. bukan bersubahat atau melindungi sesuatu yang maksiat ataupun jenayah.. tetapi membendug agar situasi tidak semkin memburuk dan lebih parah. Moga nanti terhijab pandangan dan pendengaran buruk orang terhadap diri kita baik di dunia ketika masih hidup atau setelah kematian.
Jangan Hanya Jahit Koyak Sendiri | Gambar Google
Jahit mulut daripada berkata dan menyebarkan yang bukan-bukan.Gunting nafsu daripada suka mengadu domba.
Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN HANYA JAHIT KOYAK SENDIRI
Tags:
Santai