بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
LUAR KOTAK JANGAN LUAR SYARIAT |Apabila dapat melakukan atau mencipta sesuatu kelainan kemudian menjadi ikutan..itulah yang sering dipandang dan dianggap hebat.Dikanali.Terkenal.Disanjung menjadi yang terulung dipandangan manusia yang pandai menghargai,yang tahu merebut kesempatan dan yang bijak mengambil peluang.Melakukan sesuatu di luar kotak tidak dapat dilakukan ramai orang..wow.Kreatif.
Kreatif itu tiada salahnya.Silakan dengan cara apa pun..dengan pilihan yang bagaimana mahunya baik daripada diri sendiri atau pun kerana mengikut kehendak atau keperluan semasa baik keadaan atau perseorangan.Tidak semua orang mampu untuk menjadi kreatif kerana kebolehan atau kemampuan setiap orang Allah SWT beri tidak sama.Justeru potensi yang ada sebolehnya gilaplah dengan baik dan tidak mustahil boleh sahaja menjadi seperti gula yang dikerumun oleh semut.
Luar kotak jangan luar syariat.Bagi PC sendiri,memberi kelainan tidak menyalahi pun.Mencari kelainan pun tiada salahnya juga.Mungkin jemu berada ditakuk yang sama..mahu berubah angin,apa salahnya.Sebenarnya apa pun yang kita manusia lakukan tiada salahnya selagi mana jangan sampai luar syariatlah,dah itu aje.Seberapa jauh pun kemodenan yang dikejar..kecanggihan yang dicari..keasyikkan yang mempersona..kebebasan yang didamba,tiada gunanya kalau kita terus lakukan mendapat sokongn dan perhatian manusia lain sedangkan mendapat laknat dan palingan pandangan daripada Tuhan..*PC ingatkan diri sendiri juga ni sebenarnya*.
Pilihlah yang dapat seronok dunia tapi tetap bahagia di akhirat.Di dunia adalah satu permulaan yang bakal berakhir.Sedang akhirat satu pengakhiran yang permulaannya tiada berkesudahan.
Luar Kotak Jangan Luar Syariat | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Peringatan yg baik utk renungan kita semua. Betul tu.. biarlah diluar kotak demi kebaikan dan kemajuan diri asalkan jngn sampai diluar syariat, in shaa Allah.
BalasPadamTerima kasih Tn.Kemajuan atau pembaharuan tidak salah asal jangan mencemar syariat.Moga Allah sentiasa redha dengan apa yang kita semua lakukan.Aamiin.
PadamGood sharing PC.. terima kasih atas ingatannya..
BalasPadamTerima kasih kak Sue.Moga bermnfaat ya kak.Aamiin.
PadamTerima kasih atas peringatan. Good sharing
BalasPadamTerima kasih Eina.Moga ada kebaikkan yang diperolehi ya.Aamiin.
PadamDi luar kotak untuk kebaikan bukan sebaliknya
BalasPadamBetul tu pakcik WP.Setuju.
Padamperingatan yg baik utk kite semuaa <3
BalasPadamTerima kasih ya.Aamiin.
PadamSetuju..syariat jangan diketepikan..
BalasPadamMenjadi kreatif tiada salahnya, asalkan tidak melanggar syariat...
BalasPadam