بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
PENCAPAIAN |Bukan sekadar ungkapan.Sudah tentu banyak masa,tenaga dan keringat dilaburkan.Lebih-lebih lagi pengertian.Ya,pengertian dan tegarnya hati dalam menanggung kesabaran.
Siapa pun kita,yakin rezeki telah Tuhan sediakan untuk kita.Cuma perlu diusahakan dan sulam dengan doa serta baja dengan rasa syukur yang berterusan.
Kalau hari ini kita bukan sesiapa..entah esok mungkin sedetik waktu bila DIA mahu tidak mustahil yang indah-indah bakal berlaku.
Pencapaian itu hasil daripada usaha.Usaha itu hanya mungkin sebahagian kecil mampunya kita kerahkan..tetapi percayalah semuanya itu atas doa-doa yang tidak pernah tandus daripada insan-insan teristimewa dalam kehidupan kita.
Setinggi mana pencapaian..dapat digapai jangan sampai ianya kosong dan sia-sia..pada setiap inci pencapaian itu sebatikan dengan keberkatan agar ianya bukan seperti hampas kekeringan sudah tidak bersantan.
Tutuplah mata..kembalilah nyawa..dengan pencapaian khusnulkhatimah.Hayunlah kaki..bercahayalah jari jemari kaki..menerangi lintasan sirat Ilahi..menuju pencapaian singahsana tertinggi..syurgawi.
Pencapaian | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
betul tue.. kejayaan tidak dapat dicapai tanpa doa dan usaha :)
BalasPadamBetul.Usaha sungguh-sungguh.Doa jangan jemu.InshaAllah.
PadamBetul sgt ni.. Thank you sharing.. Pencapaian kejayaan tu kena usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah
BalasPadamInshaAllah.Aamiin.Terima kasih.
PadamApa pun kejayaan... Ia pastinya bermula dari usaha. Selebihnya tawakal pada yang Esa. In shaa Allah, Allah tak pernah zalim dengan hambaNYA.
BalasPadamBetul.Usaha lebih Allah beri lebih..usaha sedikit Allah beri sedikit.Berganda bersyukur Allah gandakan juga nanti.
PadamKhusnul khotimah.. semoga Kita semua berakhir dgnnya
BalasPadamBetul tu PC.. setiap kejayaan tu bukan hanya semata2 berlandaskan usaha sendiri, tetapi doa dan doa org2 yg kita tak tahu juga spt ibu, ayah, ahli keluarga, saudara, rakan dan taulan serta lain2nya. Saya juga doakan moga PC juga sentiasa dimakbulkan segala doa2 serta beroleh pencapaian yg diberkati di dunia dan akhirat.. aamiin ya Rabb.
BalasPadam