بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
PENTING MEMIKIRKAN AKIBATNYA |Buat dulu baru nak terfikir-fikir.Tidak pun fikir dulu sungguh-sungguh baru buat.Tapi yang sering kita lakukan adalah fikir tetap fikir tapi masa yang diambil untuk berfikir itu cuma sekejap kemudian terburu-buru buat atau bertindak.Sebenarnya tidak salah pun kalau ambil masa untuk fikir daripada berasa kesal kemudian hari.Kecuali pada perkara yang dah pasti dan yakin baik harus disegerakan.
Tidak berdaya untuk disangkal.Kita hidup saling ada kaitan dan bersangkut paut satu dengan yang lain.Boleh jadi dilakukan secara individu namun akibatnya ditanggung banyak orang atau banyak pihak.Apatah lagi kalau lakukan sesuatu itu secara berjamaah..kalau baik...ramai-ramai juga yang dapat manfaatnya..dan kalau tidak baik pun lebih ramai yang terpaksa tanggung akibatnya.
Penting memikirkan akibatnya.Bila terlalu marah atau terlalu gembira serta sedih..kadang itu menjadi punca manusia terlupa untuk memikirkan akibat pada setiap perbuatan yang sedang dan bakal dilakukan.Nekad itu perlu tapi bukan sentiasa.Tidak setiap masa.Jangan bedal semacam ikut suka.Awak puas hati tapi hujungnya orang lain merana sendiri.
Mahu membusuk dan menghitamkan sesuatu yang bersih dan terpelihara itu tersangat mudah berbanding mahu membersih dan memutihkan keadaan.Ditambah zaman sekarang yang mana maklumat,cerita sama ada benar atau fitnah sangat-sangat mudah diakses waima sedang berada di dalam tandas sekalipun.
Lebih baik orang kata awak slow atau lambat pickup daripada orang kenal awak sebagai punca yang meranapkan maruah kaum kerabat yang asalnya tidak tahu apa-apa..kalau tidak mampu menjadi asbab menggembirakan orang lain..jangan jadi punca orang berasa aib kerana tindakkan awak.
Penting Memikirkan Akibatnya | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Terima kasih atas nasihat ini Kak PC :)
BalasPadamAlhamdulillah.Sama-sama Syaza :)
PadamZaman fitnah hari ni, apa yang kita nak buat kena pikir beratus kali. Sebab ramai yang akan merumuskan tindak tanduk kita pada akhirnya
BalasPadamBetul sangat-sangat kak.Mudah membuat kesimpulan kan..sebelum bertanya atau apa-apa keputusan dikeluarkan.
PadamFikir sebelum bertindak. Mesti banyakkkkk bersabar 👍
BalasPadamBetul.Moga tidak menyesal dikemudian hari.
PadamYesssss sebelum bertindak wajib fikir semasak masaknya. Bertindak tanpa fikir dulu akan binasa kemudian hari.. thank you untuk nasihat ini 😍
BalasPadamSetuju.Tak apalah lambat sikit asalkan hujungnya semua menjadi baik-baik sahajakan.
PadamFIKIR BANYAK KALI SEBELUM BUAT KEPUTUSAN
BalasPadamSebaik-baiknya begitulah Kak PI.
PadamKena fikir masak-masak sebelum cakap atau buat apa-apa kan..
BalasPadamBetul kak Sue.Supaya orang lain tak sakit hati..kita tak menyesali.
PadamBiasanya dah berlaku baru terfikir akibatnya.
BalasPadamBetul Pakcik..lazimnya begitulah.
Padamkadang tak sempat fikir,dah buat baru rasa menyesal
BalasPadamSelepas menyesal cuba perbetulkan atau perbaiki semula.
PadamSetuju dengan kak PC.
BalasPadamKena berfikir banyak kali sebelum buat apa-apa.
Menghitamkan itu mudah, nak menjernihkan itu payah.
Terima kasih.Ada yang kata fikir lama dan banyak itu buang masa..lebih baik buang masa berfikir dari buang masa menyelesaikan kesan.
Padammemang penting untuk fikirkan akibatnya. adakalanya sampai pening kepala nak teruskan atau tidak..
BalasPadamKan..moga ada jawapan pada setiap istikharah.
PadamSetuju sgt.. kdg2 orang mmg mudah nak suruh2 dan cakap apa pun, tapi klu sesuatu perkara yg kita lakukan tetap kita yg tanggung akibat baik mahu pun buruk.
BalasPadamTerima kasih untuk nasihat ini PC..
BalasPadamSuatu waktu dahulu, Sha lebih suka bertindak tanpa berfikir.. Semakin meningkat usia, semakin berubah.. Banyak yang perlu ditimbang tara sebelum satu2 perkara itu dibuat..