بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SEBENARNYA LELAKI KE....PEREMPUAN KE.... | Zaman dulu ke..zaman sekarang ke..ada sahaja perempuan lebih menjadi dominan baik di rumah mahupun di tempat kerja.Begitu jugalah lebih-lebihnya pada lelaki yang lazim diketahui..kalau tidak perlu dijelaskan pun orang sedia maklum..sebut lelaki dialah imam sekaligus menjadi dominan pada segenap lapangan dan tanggungjawab yang perlu digalas juga adalah lebih besar dan berat.Lelaki mahupun perempuan Allah SWT cipta dengan keindahan dan peranannya masing-masing dan tanggungjawab paling besar adalah mesti sentiasa menjadi hamba yang taat pada suruhan Allah dan menghindari segenap apa yang Allah SWT tegah untuk dilakukan.
KESABARAN.Lelaki ke,perempuan ke ada je yang sangat penyabar.Penyabarnya tahap orang lain tengok boleh hilang sabar.Yang tengok pulak boleh geram kerana sabar sangat-sangatnya tu..dan sebaliknya la..yang di mana lelaki mahupun perempuan sangat tidak sabar..boleh jadi panas baran dan sebagainya.Sesetengah situasi pula ada juga yang sabar dan kurang sabarnya mengikut masa dan keadaan.
KEMATANGAN/RASIONAL.Pendapat PC,agak kurang bersetuju kalau nak kaitkan usia dengan kematangan atau bersikap rasional.Maaf ya kalau mungkin ada yang tidak bersetuju biarpun hakikatnya fakta bahawa tingkat kematangan itu diukur daripada kadar usia seseorang.Bagi PC akil baligh seseorang itu ya,baik lelaki mahupun perempuan adalah pada usia 15 tahun..namun bagi perempuan bila mula sahaja haid pertama sudah dikira akil baligh(cukup umur) walaupun ketika itu usianya baru 10 tahun..manakala lelaki dengan istilah "mimpi basah/keluar air mani"*betulkan andai PC khilaf*.Kencing malam tak dikira..Hukhukhuk. Manakala tingkat mumayez(beza baik dan buruk)itu sepanjang hayat.Ada jugakan dah dewasa pun belum mumayez.Walaupun dah berpuluh tahun akil baligh nya.Justeru kematangan atau bertindak rasional lelaki ke..perempuan ke itu adalah bawaan dan keupayaan diri masing-masing mentarbiah diri.
EMOSI.Menyentuh soal emosi.PC sendiri tidak menafikan ada waktu tertentu perempuan lebih beremosi.Kadang emosi yang bukan disengajakan ianya berlaku secara spontan dan tidak mustahil berlarut-larutan jika tidak dibendung dan ditangani dengan baik dan betul.Adakala marah berterusan..ada masa sedih sentiasa.Bergantung juga pada situasi dan persekitaran.Begitu juga lelaki..ada segelintirnya sangat mudah koyak emosinya.Tidak kurang juga baik lelaki atau perempuan yang sentiasa tegar mengawal emosinya baik dalam segenap situasi pun.Syabas.
Sebenarnya lelaki ke...perempuan ke....setiap individu itu ada kadar keperluan dan kehendak masing-masing yang sebahagiannya boleh dikongsikan dan sebahagiannya lagi cukup hanya dirinya dan Allah SWT sahaja yang tahu.Begitu juga dalam membuat sebarang keputusan,ya tidak dinafi ada yang mungkin terburu-buru dalam membuat atau mengambil keputusan namun baik lelaki ke...perempuan ke...tidak semuanya begitu mudahnya melatah apatah lagi jika setiap keputusan yang mahu diambil itu bakal melibatkan banyak pihak.Sangat penting sebenarnya lelaki ke...perempuan ke...mencari dan memilih untuk hidup dalam persekitaran yang SIHAT.Ianya secara tidak langsung membentuk peribadi yang lebih positif.InshaAllah.Aamiin.
Sebenarnya Lelaki Ke.... Perempuan Ke... | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Yang Lin tau, lelaki punya 9 akal 1 nafsu, tapi perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal...
BalasPadamTapi kebanyakkannya, lelaki yang BUAS hahahaha...
Hehehehehe...nafsu perempuan bila shopping kot Sis...
PadamLELAKI PEREMPUAN KEJADIAN ALLAH TIADA BEZA KIRAAN AMALANNYA
BalasPadambetul tu kak PI..apa yang penting Allah ambil kira hati dan amalan kitakan kak.
Padamlelaki perempuan ciptaan Allah, mereka saling bergantungan
BalasPadamSetuju.Saling memerlukan dan melengkapi.
Padamterbaik Kak PC =)
BalasPadamTerima kasih Mizi.
PadamSetuju kadang perempuan lebih beremosi, lelaki ada masalah rumit pun masih boleh senyun chill je.. Selalu husniey rasa geram cemburu jugak sikit tengok ketenangan lelaki dalam menghadapi dugaan
BalasPadamKan..betul tu..perempuan hal kecil boleh jadi besar...lelaki hal besar boleh jadi kecil..santai je uruskannya..
PadamLelaki atau perempuan yang pastinya kita masing-masing tak sempurna dan disebabkan itu kita saling melengkapi..
BalasPadamSetuju.Saling melengkapi dan saling memerlukan satu dengan yang lain kan kak.
PadamLelaki atau perempuan, kedua2nya adalah makhluk yang serba kekurangan.. Allahuakbar.
BalasPadam