بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SERUAN RUKUN ISLAM KELIMA |''Doakan ibu ayah saya selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur ya''..inshaAllah.Aamiin.Bukan hanya kepada ibu ayah sahabat PC sahaja,malahan PC titipkan doa untuk semua bakal jamaah haji yang telah dan bakal berlepas ke tanah suci secara berperingkat-peringkat juga.Sama ada di bawah pengurusan Tabung haji atau di bawah pengurusan mana-mana agensi swasta yang berdaftar dan sah.Aamiin.
Rezeki yang ditetapkan dan rezeki yang diusahakan.Ada yang tidak perlu tunggu lama untuk menunaikan ibadah haji setelah mendaftar.Ada pula yang harus redha bertahun-tahun menanti giliran untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.Ada yang sentiasa membuat permohonan serta rayuan ke tabung haji juga..bagi PC itu tidak menjadi satu kesalahan pun kerana ianya antara jalan usaha yang boleh dan wajar dilakukan.Niatkan mahu beribadah dan usaha kerana Allah SWT.
Haji mabrur/al Maqbul.Selain diberi kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan..pastinya setiap jamaah sentiasa mengharapkan dan berharap memperoleh haji mabrur/al Maqbul iaitu haji yang diterima dimana haji itu benar-benar bersih dan tidak bercampur dengan dosa..justeru mengapa setiap jamaah haji yang pulang ke tanah air..dianggap seperti bayi yang baru dilahirkan.Wangi..bersih.
Teruskan memelihara dan memulihara.Memelihara kualiti ibadah haji yang sedang dan telah dilakukan itu sangat perlu agar tidak nanti orang perlekehkan bila mana tiada apa perubahan berbanding sebelum dan selepas menunaikan haji.Sedaya upaya memulihara akhlak dan seandainya ada rezeki untuk sekian kalinya menunaikan ibadah haji..pulihkan setiap apa yang terkurang sebelumnya.
Selamat menunaikan ibadah haji untuk semua yang telah Allah SWT pilih..seruan rukun Islam kelima telah memasuki fasanya.Moga ada rezeki untuk kita dan keluarga kita juga nanti.Aamiin.Rezeki yang kita miliki belum tentunya membawa kita menjadi tetamu Allah..tetapi percayalah bila Allah berkehendak untuk kita memenuhi rukun Islam kelima ini dan menjadi tetamu istimewa-Nya..pasti DIA akan mencukupkan rezeki kita.
Seruan Rukun Islam Kelima | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Alhamdulillah . inshaALlah ameen Kak PC :)
BalasPadamInshaAllah...aamiin..aamiin.. :)
PadaminshaAllah... May Allah blessed all of us
BalasPadamamin
Aamiin..inshaAllah :)
PadamSetuju.. Ada juga rezeki yang tak tunggu lama dapat pergi haji.. Jiran dekat kampung husniey juga muda lagi pasangan tu dapat buat haji tahun ni.. Sukanya dengar.
BalasPadamMoga dipermudahkan urusan jemaah haji
InsyaAllah ada rezeki kita satu hari nanti kak PC.. Aamiinn
Pakcik saudara kak PC pun muda lagi Husniey..suami isteri alhamdulillah dapat pergi haji tahun ni..pulaknya baru lepas pantang isterinya..moga semua jamaag selamat pergi balik...dan ada rezeki kita dan keluarga kita ke sana kelak.Aamiin.
Padamsebak plak tetiba bila baca bab ni, pc.
BalasPadamkebetulan, ramai kawan2 aida yg dpt panggilan ke tanah suci.
masing2 update di fb. aduhai, seronok rasa hati, pc. bersyukur mereka dpt pergi dan pasti turn aida bakal menyusul.
bajet di simpanan dah mencukupi.
kini menabung lagi, agar cukup sempurna selesa nanti di sana dan anak2 yg ditinggalkan kelak.
sentiasa berdoa agar dijemput ke sana di usia yg masih kuat & sihat ni.
in shaa Allah :)
semoga ibu ayah pc mendapat haji yang mabrur di sana. amin
BalasPadamAlhamdulillah... sungguh beruntung dapat menjadi tetamu Allah. Semoga ibu dan ayah PC dipermudahkan segala urusan ibadah dan beroleh haji yg mabrur... aamiin ya Rabb.
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga ibu dan ayah PC mendapat haji mabrur dan selamat perjalanan pergi dan balik.. Aamiin..
BalasPadam