بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CUBA LIHAT | Jumaat kembali. Alhamdulillah masih di sini. Moga semuanya sentiasa berada dalam kondisi yang Allah SWT sayangi.. Rasulullah SAW rindui.. Aamiin.
Mungkin setiap manusia berusaha lakukan TERBAIK.. Namun dek banyaknya kekurangan dan khilaf di sana sini..tidak mustahil dan tidak hairan barangkali ada yang terlepas pandang..Cuba lihat..
Buka mata seluas-luasnya
Pandanglah langit ciptaan Maha Kuasa
Perhatikan lautan saujana mata memandang
Sayup dan redup
Warnanya mendamaikan
Aromanya mencambahkan selesa
Buka mata hati selebar yang boleh
Semampu yang berdaya
Nilai setiap apa yang telah diri beri
Syukuri apa yang diri terima dari Ilahi
Jangan mungkiri janji
Janji sedari alam rahim lagi
Cuba lihat siapa yang datang
Cuba lihat siapa yang kemudian pergi
Cuba lihat siapa sentiasa disisi
Susah senang hadirkan diri
Cubalah lihat lagi dan lagi
Cuba lihat diri sendiri
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Alhamdulillah untuk hidup hari ni. Melihat sesuatu dari pandangan yang berbeza. Kita akan jumpa jawapannya.
BalasPadamBetul Kak. Kadang perlu pandang berkali-kali dan lama.. Perhalusi satu per satu untuk dapatkan jawapan.
PadamAlhamdllh mg dpermudahkan urusan semuanya
BalasPadamInshaAllah. Aamiin. Dan diberkati juga OLEHNYA.
PadamAlhamdulilah salam Jumaat PC..
BalasPadamMoga diri kita semua sentiasa ingat dan lihat apa yang ada seadaanya, agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt...aamiinn
Syukur sentiasa kan Sis. Mudah-mudahan bila syukur nikmat bertambah. Aamiin.
PadamAlhamdulillah... Salam Jumaat Perdu Cinta
BalasPadamSyukur..
PadamAlhamdulillah. Bila bangun pagi masih dpt lihat keindahan alam.
BalasPadamNikmat hidup kan Cikgu AK. Alhamdulillah.
PadamAlhamdulillah, semoga kita mampu melihat dan bersyukur pada nikmat dariNya
BalasPadamAlhamdulillah. InshaAllah. Aamiin kak.
PadamAlhamdulillah sentiasa syukur dengan nikmat yang diberi.
BalasPadamAlhamdulillah. Moga terus bertambah rezeki.
PadamLihat dengan mata hati
BalasPadamIn syaa Allah kita tak akan tersasar
Subhanallah walhamdulillah.. moga kita sentiasa tergolong dikalangan hamba2 yg sentiasa bersyukur atas nikmat kurnia Illahi.. aamiin.
BalasPadam