Fikir Dulu Buruknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

FIKIR DULU BURUKNYA | Mungkin ada yang tidak suka terlalu banyak dan lama berfikir. Dianggap buang masa. Melewatkan pada setiap dan banyak tindakkan. Tawakkal itu lebih bagus. 

Betul tawakkal itu lebih bagus namun duduknya terakhir setelah usaha dan doa.Nekad juga tidak salah. Berani silakan. Entah kenapa PC lebih suka ada rasa takut pada diri,itu satu hikmah juga sebenarnya.  

Fikir dulu buruknya. Mendapat kesan yang baik itu bukan masalah. Apa yang menjadi masalah bila sebaliknya.Justeru apa salahnya fikir dulu buruknya sebelum bertindak. 

Menjadi benteng.Supaya lebih berhati-hati.Lebih berfikir.Lebih sensitif.Lebih sabar.Lebih menjaga.TIDAK RUGI dan tidak timbul penyesalan. 

Bila fikir dulu buruknya bukan bererti tidak bersangka baik dengan Allah SWT. Bukan juga bermakna tidak yakin dengan Allah SWT. Namun kerana mudahnya manusia silap langkah dan terburu-buru justeru fikir dulu itu lebih baik. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

22 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selalu berfikir terlalu lama sampai akhirnya sepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kakinya PC.. Kadang seperti itu lebih baik.. Berbanding menjadi tapi berimpak besar..

      Padam
  2. Fikir dulu sebelum bertindak banyak baiknya dari buruknya :) tq kak PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Syaza.. Mungkin itu dapat minimumkan risiko.. Usaha kita.

      Padam
  3. Fikir sebelum bertindak juga menunjukkan kebijaksanaan seseorang yang tak hanya membuta tuli. Tak rugi pun utk analisis sedikit kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Ana. Tidak tergesa-gesa itu menguntungkan sebenarnyakan daripada menyesal kemudian waktu.

      Padam
  4. Betul Tu PC..
    Fikir dulu akibat baik buruknya sebelum membuat tindakan..
    Takut membawa padah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak. Takpelah lambat sikit bertindak.. Daripada terburu-buru kemudian berakibat besar.

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih Shu. Mungkin ada yang tak suka fikir lama-lama.

      Padam
  6. kena fikir apa akibatnya juga bila kita membuat sesuatu tindakan...jgn ikut kata hati..fikir masak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fikir masak-masak.. Dalam-dalam. Betul..supaya bila timbul masalah pun tidak rasa kesal sebaliknya tenang mengatasinya.

      Padam
  7. Some people just act unknowingly and said something without thinking.
    So I agree with you.

    BalasPadam
  8. Betul tu PC.. ambik masa pikir dulu buruk baik sebelum buat apa-apa perkara dapat elakkan macam-macam perkara terjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat kak Sue. Itu sebaiknya Terutama zaman sekarang.. Zaman teknologi maklumat.

      Padam
  9. betul tu...kita perlu fikir keburukan dahulu kemudian kebaikan akan sesuatu..bak kata org beringat sebelum kena kan

    BalasPadam
  10. Pikir dulu sebelum buat sesuatu sbb klu dah terlanjur kata dan perbuatan yg tak baik pasti ada yg terkesan.. Allahu. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama