Mencairkan Suasana

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENCAIRKAN SUASANA | Sederhana tidak mengapa. Biasa apa seadanya pun tiada salahnya.. Asal selesa. Selesa itu yang bagaimana PC maksudkan? Ada yang tahu dan bijak mencairkan suasana. Tenang. Damai. Selesa. Betah untuk berlama-lama. 

Mungkin tidak semua orang suka suasana seperti yang PC suka. Ada orang suka suasana yang bising riuh rendah. Ramai orang yang bila berlisan seolah-olah tidak boleh ditunda-tunda.. Jarak walau setengah depa bila bercakap seperti memanggil orang dihujung kampung. Tak salah pun.Pilihan masing-masing. Lebih meriah gitu. 

Mahu mencairkan suasana tidak mudah. Ada yang suka ada sebaliknya. Ada yang boleh terima dan ikut..ada juga tidak boleh terima dan terus membantah. Bagi PC suasana yang tegang merangsang banyak rasa yang mematikan.Terkadang terpaksa menjadi orang lain juga. Mencairkan suasana dengan sedikit santai dan jenaka itu bukan suatu yang negatif. Sebaliknya merangsang dan menyampaikan ukhuwah satu dengan yang lain. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. suka tempat yang sunyi dari riuh rendah. dari sekolah memang macam tu. ada setengah orang sambil belajar pasang lagu kuat-kuat. masing-masing punya personaliti.

    kalau di tempat kerja, nak tak nak kena on lagu, sebab kalau sunyi ada yang suka menyakat sebab dah tau shu penakut sikit. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Ikut selesa masing-masingkan..tapi kalau kak PC punsuka suasana yang tenang..kalau bising pun tak terlalu bisinglah..kalau bising sangat tak selesa juga jadinya.

      Padam
  2. Kak Feni lebih suka tenang. Haha berulang kali Kak Feni baca entri ni untuk fahamkan maksudnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe.Samalah..tenang ni banyak bantu kita kan kak..

      Padam
  3. Ada masanya juga perlukan ketenangan, kesunyian dan kesederhanaa PC...kalau selalu suasana riuh, boleh jadi juga naik marah dan emo..sebab bising..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis..ada masa-masanya jugakan..kita nak suasana tenang..nak riuh sikit..tak boleh juga sentiasa riuh..pening juga lama-lama jadinya nanti.

      Padam
  4. akak pilih suasana tenang & nyaman..;)

    BalasPadam
  5. Jadilah air yang boleh menyejukkan api.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum pc,
    ketenangan itu pada sekeping hati, biarpun alam sekeliling sedang kabut dan ribut...Wallahu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Ustaz.Tepat.Bermula daripada hati kita yang merasakan suasana..

      Padam
  7. dpt point PC.
    yes. jgn tegang sgt.
    meskipun diskusi tentang benda berat, cairkan suasana. indahkan bahasa.
    then, yg berat boleh jadi sederhana or ringan.

    BalasPadam
  8. Tempat yg sunyi dan tenang mampu memberi inspirasi, tp adakala tmpat yg riuh mampu memberi semangat diri juga.. cuma bukan jenis riuh yg memenatkan dan membuat kita lupa kpdNya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama