Mendidik Atau Mendera

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENDIDIK ATAU MENDERA |  Dewasa ini banyak sangat kes yang timbul dan menjadi isu.Isu yang sentiasa mendapat liputan meluas dimedia sosial dan sentiasa menarik perhatian umum.Tidak kisahlah siapa pelakunya dan siapa mangsanya.PC cuba berkongsi dari sudut pandangan PC sebagai seorang anak dan sebagai seorang ibu saudara kepada anak-anak buah dan anak-anak saudara PC.Maaf anadai ada yang kurang atau tidak bersetuju dengan apa yang mahu PC sampaikan.Ianya menjadi peringatan,pengajaran dan inshaAllah satu masa nanti dapat PC praktikkan juga.Aamiin.

Mendidik atau mendera.Sebenarnya ada macam-macam versi..dan setiap apa yang kita lihat dan dengar itu adalah cuma akibat atau kesan akhir daripada pelbagai permulaan yang tidak kita ketahui.Ya,kita tak tahu pun apa kisah disebalik banyak kejadian yang berlaku.

Mendidik itu wajar dan mesti dilakukan.Lebih-lebih lagi itu adalah tanggungjawab besar ibu bapa terhadap anak-anaknya di rumah.Cara mendidik itu pula ada banyak pilihannya..terserah kepada ibu bapa mahu memilih dan menggunakan kaedah yang bagaimana bersesuaian dengan peribadi anak masing-masing."Hanya jauhari mengenal manikam"..cuma ibu bapa yang kenal watak anak masing-masing.

Justeru daripada mana timbulnya mendera pula.Terkadang niat awalnya mahu mendidik sahaja..namun dalam pendekatan mendidik yang dilakukan itu boleh sahaja berlaku di mana tindakkan yang dilakukan berlebihan sehinggakan mencederakan si anak.Cedera yang PC maksudkan cedera berat..sehinggakan melarat kepada kerosakkan organ dalaman seterusnya mengakibatkan kematian.

PC percaya;

Mendidik menggunakan rotan,tali pinggang,getah paip,hanger pakaian,ranting kayu dan sebagainya telah ada dan berlaku sejak zaman dulu lagi..ianya bukan satu yang aneh pun,yang berbeza dan berubah adalah masa dan penerimaan individu itu serta cara melakukannya sama ada niat sekadar mahu mendidik atau menjadikan anak-anak sasaran memuaskan hati ketika berada dalam kemarahan.

Mengikut keperluan.Bagi ibu bapa yang waras fikiran dan sihat sejahtera emosinya,,inshaAllah tidak akan melulu atau sengaja marah anak TANPA SEBAB.Dan pastinya mereka niat mahu mendidik anak kerana Allah SWT.Mendidik atau mendera perlu dilihat pada situasi dan kesan selepas iannya dilakukan.

PC sangat bersyukur dan berterima kasih pada babah dan mama kerana dulu cubit PC,rotan PC,hukum PC...syukur sangat-sangat..Bila balik kampung,PC selalu cakap.."Jua bersyukur sangat dulu mama tegas dengan Jua..babah ada ketika garang dengan Jua..walau hari ini Jua bukan sesiapa,tidak hebat pun..tapi nikmat lain itu dari Allah yang mama babah usahakan dulu"..kerana PC sendiri melihat disekeliling PC..anak yang dulunya sesekali dimarah,dirotan dan diberi hukuman sewajarnya atas kesilapan yang dilakukan selepas diberi nasihat..ada bezanya dengan anak yang sentiasa dituruti kemahuannya..percayalah ada bezanya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cara mendidik sekarang memang banyak bezanya dengan zaman dulu @ zaman Mrs. A kecik-kecik.
    Biasalah kalau degil sangat mak/abah akan rotan tapi tulah kami adik-beradik faham sebab nakal tu yang kena rotan. Anak-anak zaman sekarang kalau lebih-lebih nanti merajuk masuk bilik kunci pintu huhuhuhu...

    BalasPadam
  2. ADA YG DIDIK ANAK SGT TEGAS MENGIKUT PERLU DAN SITUASINYA JUGA

    BalasPadam
  3. Meroyan sekali sekala utk mendidik Boleh to jgnlah sampai mendera..jikalau tengah marah jgn dirotan anak tu

    BalasPadam
  4. perubahan zaman sekarang, dulu kena rotan kalau malas buat apa-apa. sekarang lain, kalau dirotan. usah rotan, di denda berdiri diluar kelas pun kena viral. Terpaksa telan orang luar cakap kita zalim pada anak, namun itulah hakikat..

    BalasPadam
  5. Setuju PC.. beza anak yang terlampau dimanjakan dengan anak yang kita tegas tapi dengan kasih sayang..

    BalasPadam
  6. Betul tu ada beza mendidik dan mendera. Husniey juga dibesarkan dalam keadaan penuh terdidik, silap sikit kena rotan. Heee maklumlah anak sulung. Ayah pun agak garang masa dulu semua tu kerana taknak kita perangai jadi tak rupa orang.. Kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama