بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
PERGILAH DAN TUNAIKANLAH SEBELUM HATI DIKUNCI |Hari kedua dibulan Ogos.Hari pertama di bulan Zulhijjah.Jumaat 2 Ogos/1 Zulhijjah.Syukur alhamdulillah atas segenap nikmat.Sekian lama tak hujan,hari ini hujan turun juga.Moga hujan ini menjadi hujan yang mewah dengan kasih sayang Allah SWT.Allahuakbar.Moga semua berada dalam situasi baik-baik sahaja dan dilancarkan setiap urusan yang baik-baik juga..aamiin.
Pergilah dan tunaikanlah sebelum hati dikunci.Dapat menunaikan solat Jumaat itu nikmat dan rezeki juga.Tidak semua orang mampu menunaikan solat Jumaat seperti yang diingini.Biarpun hanya sekali seminggu..namun kalau bukan rezeki,tidak dapat ditunaikan juga.Justeru bagi yang mampu segenap sudut..maka jangan sia-siakan peluang dan rezeki yang Allah izinkan sebaik-baiknya ya.
*****
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat).
(Surah Al-Jumu’ah: 9)
[KREDIT]
*****
Seandainya ada keuzuran atau berhalangan yang memang benar-benar tidak membolehkan untuk menunaikan solat Jumaat..ianya ada kelonggaran namun sehabis boleh usahakanlah juga setelah kali pertama meninggalkan.JANGAN DIAMALKAN mudah-mudah meninggalkan solat Jumaat.
Ada ketikanya kita berasa sudah melakukan semua.Telah melunaskan apa yang sepatutnya juga.Dengan kadar dan keadaan yang paling baik.Namun,sekadar manalah mampunya kitakan..PC sendiri pun banyak hal terlepas pandan..terlajak laku..maka kaum adam..jangan anggap kecil dan remeh solat Jumaat ini.
*****
Abu al-Ja`d meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَرَكَ الجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
Maksudnya: "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya."
Hadis riwayat al-Tirmidzi (500). Beliau menyatakan hadis ini hadis hasan.
[KREDIT]
*****
Di dunia ini sememangnya tempat bersusah-susah.
Pergilah Dan Tunaikanlah Sebelum Hati Dikunci
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Good sharing
BalasPadamterima kasih kak..
PadamSungguh tu tak semua orang mampu nak tunaikan, ada yang sakit sampai tak boleh nak bergerak...
BalasPadamKan Husniey..betul sangat.Ada yang nak sangat tunaikan tapi tak berdaya..yang mampu buatlah.
PadamPeringatan yang baik. Kadang-kadang orang yang sihat walafiat pun jarang dapat pergi. Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu.
BalasPadamSelagi boleh dan berkesempatan..tunaikanlah kan Kak..
PadamAnak saya umur 8 tahun, menangis bila tak dapat pergi solat Jumaat. Moga ditetapkan hati dan dikuatkan imannya sampai bila-bila. Aminnn
BalasPadamAllahuakbar.Alhamdulillah sangat-sangat tu...ada kehendak sendiri.Moga kekal semangat sampai bila-bila selagi ada hayat..aamiin.Syukur sangat.
PadamDijauhkan lah hati kita atau keluarga kita dikunci.. semoga terus istiqomah perbaiki diri dan amal.. aamiin ya rabb.
BalasPadamRisau kan kak..PC pun sentiasa doa macam tu..moga kalau pun ada keuzuran atau berhalangan..tidaklah berpanjangan.
PadamSemoga hati ini terus bersih
BalasPadamkadang-kadang tak terkata dalam hati bila terjumpa lelaki yang sepatutnya berada di masjid pada waktu Jumaat namun bukan di tempatnya dengan selamba..
BalasPadamPerkongsian yang bagus PC..
BalasPadamHari Jumaat hari dimuliakan utk umat Islam. Semoga terus dipermudahkan bersolat Jumaat buat diri ini hingga ke akhir hayat... aamiin.
BalasPadambetul tu pc.
BalasPadamdunia tempat bersusah...
faham2 jer lah kan.
betul tu pc.
BalasPadamdunia tempat bersusah...
faham2 jer lah kan.