بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BERSAUDARA
Bagai bulan di pagar bintang
Alam terang bias cahaya
Ada adik kakak dan abang
Bersatu hati hidup bersaudara
Andai pungguk rindukan bulan
Gelap malam tetap dinanti
Biarpun tinggal berjauhan
Jauh dimata dekat dihati
Cahaya bulan memancar cerah
Tidak mengapa lampu tiada
Tergigit lidah itu lumrah
Bermaafanlah sesama kita
Bulan dan bintang saling bicara
Bicara dengan cara tersendiri
Saling hargailah sementara ada
Ikatan darah tidakkan terlerai
Suram bulan kerana gerhana
Malap malam tidak bercahaya
Biar hanya sesekali bersua
Jauh dekat tetap bersaudara
Suram bulan kerana gerhana
Malap malam tidak bercahaya
Biar hanya sesekali bersua
Jauh dekat tetap bersaudara
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Pantun
apa pun seharusnya kita mendahului saudara kita
BalasPadamBetul Kak. Setuju. Mereka pun rezeki daripada Allah SWT juga kan.
PadamBtul tu..mereka darah dgg kita
BalasPadamJaga dan sayangi sentiasa..
PadamBila sesekali dapat berkumpul adik beradik dan sanak saudara memang best
BalasPadamBetul Pakcik. Meriah dengan telatah masing-masing.
Padam