Bila Ada Kemahuan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA ADA KEMAHUAN |Mahu atau tidak mahu berbalik pada diri kita sendiri.Manakala mahu menunaikan..tidak menunaikan atau menangguhkan itu hak Allah SWT untuk kita hamba-hamba-NYA.Paling penting jangan berputus asa. 

Bila ada kemahuan dalam menjalani kehidupan yang sementara di dunia ini..banyak perka inshaAllah menjadi mudah..lebih-lebih labi bila kita mempermudahkan urusan orang lain..tak langsung urusan kita pun menjadi mudah..lancar.Aamiin.

Hidayah Allah SWT mudah meresap.Betul.Hidayah itu milik Allah SWT.Hanya DIA berhak memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan mengambilnya semula juga daripada sesiapa yang DIA ingini.Dengan kadar yang paling cepat.Namun PC percaya ianya bertitik tolak juga daripada diri kita sendiri.Maksudnya ada usaha atau tidak daripada diri sendiri membuka hati dan diri untuk menerima hidayah itu..terkadang diri sendiri yang menolak atau menepis lantaran dihasut oleh fikiran dan nafsu.Menanti seru.Seru yang bagaimana.
Biar mungkin tidak sepenuhnya..tapi sebahagian besar dengan adanya kemahuan banyak perkara boleh berlaku.Susah menjadi mudah.Sempit menjadi luas.Jauh menjadi dekat.Tidak mesra menjadi erat.Besar sebenarnya pengaruh kemahuan dalam diri setiap manusia.Bukan sahaja manusia..kalau tengok kesungguhan seekor kucing mengajar tikus pun kita boleh lihat ada kemahuannya di situ.Berjaya itu rezeki.Tidak berjaya nanti cuba lagi..lagi dan lagi.

Bila ada kemahuan..boleh jadi ianya mengurangkan banyak alasan.Berhalangan itu di luar jangkaan kita.terus bersangka baik sahaja.

related image
Bila Ada Kemahuan | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allah pemberi rezeki
    tetapi kita perlu berusaha sepenuh kemahuan kita untuk mendapatkannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Pakcik WP..rezeki itu sentiasa ada namun perlu diusahakan.

      Padam
  2. Bila ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.. in shaa Allah, pasti diberkati setiap kemahuan dgn usaha yg bersungguh... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Tn.nak pasti diusahakan sampai berjaya semampunya.moga setiap satunya ada redha dan keberkatan daripada-NYA.

      Padam
  3. Bila ada kemahuan, di situ pasti ada jalan, usaha dan akhirnya kejayaan jadi milik kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak Ana.Allah tidak menghampakan bagi sesiapa yang berusaha..aamiin.

      Padam
  4. Dimana ada kemahuan pasti akan ada usaha.. yang susah pun akan jadi senang..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama