بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
JANGAN MULAKAN | Detik ini kita mampu ke mana-mana sendiri..melakukan apa sahaja mengikut sesukanya hati.Bahagia dengan keluarga sendiri..anak isteri..berasakan cukuplah ada insan-insan ini..insan yang ngam dihati...insan dan serasi untuk berbual dan beriadah dan santai menikmati apa sahaja juadah yang menepati citarasa diri.
Siapa yang tidak klik tolak tepi..abaikan seperti tidak punya hati..cari..ah nanti bila ditimpa masalah sana sini..nampak orang yang dibenci dirasakan tidak sehati..bila ada hal tidak mampu dipikul sendiri.Allahu.
Sebenarnya..ingat bila jasad sudah tidak bernyawa lagi.Bila semua hanya bergantung belas insan lain yang punya nurani sudi menyantuni.Kalau hari ini cuba mahu membenci..cuba bayangkan boleh jadi yang dibenci nanti mengusung jenazah diri yang sudah tidak berdaya lagi.Fikir.Fikir dan fikir.
JANGAN MULAKAN kebaikkan kalau hati tidak kuat untuk memecahkan rasa riak..kerana itu seperti menyalakan api untuk membakar diri sendiri..maka janganlah sehingga hati benar-benar mampu bebas daripada rasa yang hujungnya membinasa.
JANGAN MULAKAN permusuhan kalau berasakan tidak mampu untuk menjalani banyak hal atau perkara bersendirian..ingat..hidup ini kita sentiasa memerlukan kudrat orang lain untuk membantu dan menyokong kurangnya kudrat kita untuk lakukan suatu hal.
Untuk memberi layanan yang setara itu agak mustahil kerana ianya mengikut keperluan apa selayaknya..namun selagi boleh santunilah sesiapa sahaja sebaik-baiknya tanpa memilih dan ada skala membeza-beza..kedepan kita tidak tahu entah bagaimana ceritanya..pastinya tidak tergamak mahu menjilat semula ludah sendiri.
Jangan Mulakan | Google Image
Duri tetap duri..tetap sakit bila terkena
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Benar..ibarat tepuk dada tanya iman...iman kuat, pasti apa yang kita mulakan tidak akan menjadi kesan buruk ..
BalasPadamBetul Sis. Jangan ikut suka sendiri semata-mata sentiasa buruk padahnya kelak.
PadamSinggah Rabu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah.
Padamsinggah baca-baca kat sini ...jum baca dan bagi pendapat https://misseffah-ara.blogspot.com/2019/09/morning-sickness-teruk-nortaqifa-abd.html
BalasPadamAlhamdulillah dah singgah.
PadamYA JANGAN MULAKAN SENGKETA
BalasPadamBuruk akibatnya kan kak PI.
PadamJangai
BalasPadamMemulai.. hidup lah dgn berbaik2 sesama ;)
Betul. Kalau tak sambung silaturahim.. Jangan putus atau pecahkannya.
PadamKak Sue setuju jangan membeza-beza tu PC..
BalasPadamSebab di pandangan Allah SWT kita sama yang membeza sekadar amalan bukan harta benda.
PadamSetuju tu kak Pc.. Semoga kita berlaku adil dalam melayani sesama manusia..
BalasPadam