بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MANISLAH SIKIT
Lebar dan panjang daun pandan
Harum semerbak dihidu setaman
Manislah sikit memberi senyuman
Tiada salahnya selagi bersempadan
Acar buah pembuka selera
Manis pedas beraneka rasa
Manislah sikit bila berbicara
Asal tidak mengada-ngada
Tersusun rapi batu bata
Selang seli dua warna
Manislah sikit ketika meminta pada-Nya
Menjaga tertib jangan dilupa
Seronok memsak bila minat
Dalam seronok mesti beringat
Cukuplah manisnya sikit-sikit
Niatkan usaha menghindar penyakit
Seronok memsak bila minat
Dalam seronok mesti beringat
Cukuplah manisnya sikit-sikit
Niatkan usaha menghindar penyakit
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Pantun
Kalau manis sangat pun tak boleh, manis sikit-sikit okaylah hehehehe
BalasPadamBahaya kan Sis manis terlebih..
PadamJemput join segmen sy ya
BalasPadamhttps://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1
Terima kasih atas pelawaan. InshaAllah.
PadamKurangkan manis dalam makanan
BalasPadamlebihkan manis dalam senyuman
InshaAllah. Aamiin.
Padamsaya dari indo suka baca disini
BalasPadamTerima kasih ya.
PadamManis dan pemanis buat dunia lebih menceriakan. Asalkan tidak memudaratkan, kata2 manis itu satu ibadah penyeri silaturrahim.. in shaa Allah.
BalasPadamkita biasa pilih yang lebih manis berbanding yang tak manis kan..kadang kala kena kurangkan juga manis itu
BalasPadam