Rapat Dan Luruskan Saf

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


RAPAT DAN LURUSKAN SAF | Bila solat berjamaah. Rapat dan luruskan saf bukan hal aneh didengari atau perlu ambil tahu.Sedia maklum dan lakukanlah. Sunat hukumnya *betulkan kalau PC khilaf berkenan hukumnya *.

Kaki bertemu kaki. Bahu bertemu bahu. Dalam solat jangan dibiarkan setakat itu sahaja sebolehnya.Khusyuk beribadah.. Nikmatnya dirasai. Kerana menjiwai itu mahal.  

*****
Hadis

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam mendirikan solat.” [Riwayat al-Bukhari (723)]

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ، مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat.” [Riwayat Muslim (433)]
*****


Setelah dalam dan ketika solat.. Cuba praktikkan pula dalam menjalani kehidupan seharian. Rapat dan luruskan saf dalam lakukan kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Sembarang lidi mana mungkin mampu menyapu habuk sebuah rumah melainkan diikat menjadi secekak atau sebatang penyapu lidi. Tak cukup habuk pada lantai... Sawang dicelah mana pun boleh dibersihkan. InshaAllah. Aamiin. 


related image
Rapatkan Saf | Google Image

Kekuatan manusia antaranya disebabkan muafakat.Teguh menyatu bersama-sama membangun tekad dan niat. Kebangkitan itu berlumuran namun berliku itu tiba detiknya menjadi lurus.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama