Ringkas Sahaja

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

RINGKAS SAHAJA | Suka ringkas atau sebaliknya. Terserah ikut citarasa. Boleh jadi ringkas sahaja dapat juga menjimatkan masa juga tenaga. Tak gitu. Hihi. 

Menjalani rutin harian. Mengurus hal-hal peribadi atau pekerjaan. Bertindak mengikut mahu atau keperluan. Terserah pilihan masing-masing juga sebenarnya. Ada yang memang serba serbi mahu yang terbaik. Barangkali ada juga yang lebih memilih untuk ringkas sahaja. 

Ringkas sahaja.Ringkas tidak bererti ala kadar. Tidak semestinya biasa-biasa juga. Jangan beranggapan ringkas itu kosong umpama kelapa parut tidak bersantan.. hampas yang tinggal.Tidak juga seperti tin kosong. Jangan anggap ringkas itu tidak ada says tarikan Dan tidak menarik. 

Ada masa dalam berlisan cukup ringkas tapi tepat,padu dan maksudnya sampai. Begitu juga dalam penulisan. Ringkas namun mengena sasaran. Walau dengan hanya sepatah perkataan.. Atau cuma sebaris ayat.. impaknya itu yang utama.Terima dalam keadaan dua hala.. tidak timbul aura negatif antara keduanya. Aamiin. 

Bagi PC.. setiap apa yang mahu disampaikan atau dilakukan biar mengikut kesesuaian. Lantaran penerimaan orang tidak sama maka.Ada orang tak cakap pun dah boleh memahami. Ada orang ringkas sahaja memadai. Tidak kurang berjela-jela pun tidak dapat dihadam lagi.Tak ada yang salah pun. Bukankah itu lumrah. 

Ringkas ketika berlisan itu barangkali dapat minimumkan khilaf dan dosa. Namun ringkas sahaja dalam urusan lain pastikan dipilih terlebih dahulu betul-betul. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semua tu bergantun kpd individu tu sndiri. Ada yg bg dia rasa simple, tp bg org mewah. Begitu sebaliknya

    BalasPadam
  2. betul.. pemahaman dan penerimaan manusia juga berbeza.. ada yang senang faham benda yg ringkas dan padat.. ada yang memang suka penerangan panjang berjela..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Masing-masing punya cara pemahaman dan penerimaan.

      Padam
  3. Betul tu. Kadang-kadang panjang lebar pun tak faham. Ikut pandangan masing-masing.

    BalasPadam
  4. Dulu2 masa sekolah paling tak pandai nak meringkaskan karangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Pakcik. Sebab rasa semuanya isi penting.

      Padam
  5. Betul tu, kadang yang serba ringkas itu menarikkan...

    BalasPadam
  6. ringkas atau berjela-jela, ikut kesesuaian dan capaian sasarannya..

    BalasPadam
  7. Pada mama biarlah so.ple.. xpeelu nk.complicated. Sgt

    BalasPadam
  8. Suka dengan peribadi yang cakap tak banyak bersahaja.. Tapi sekali dia bersuara ada manfaat, ada kebaikan.. Selalu cuba untuk ke arah itu. Kurang bercakap ni boleh elak dari banyak dosa mulut kan..

    BalasPadam
  9. suka entri kak PC, banyak yang dapat dikutip.. terima kasih

    BalasPadam
  10. ringkas tapi padat. kc suka macam tu tapi tak pandai nak buat macam tu hahaha.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama