بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SEMBUNYIKANLAH SIKIT | Keluarkan. Lontarkan. Jangan disimpan-simpan. Kalau bakat.. ya,ada kebenarannya. Andai kebenaran.. ya,wajar juga. Tetapi tidak semua perlu dikeluarkan. Dipamerkan. Dipertontonkan.
Sembunyikanlah sikit.Nanti dikatakan tak sempoi. Tak telus.Tak tulus. Tak lurus. Bergantung jugalah pada situasi, sesuai atau tidak.Jangan hentam semacam.
Ada masanya boleh terbuka.. Terbuka memberi pandangan atau pendapat.. Terbuka menjawab pertanyaan. Terbuka terima teguran atau nasihat. Ada macam-macam jenis terbuka. Ada masanya..Sembunyikanlah sikit..Contoh mudah.. Jemur pakaian di luar rumah.. pakaian dalam yang besar..yang kecil..yang merah..yang hitam..yang baru..yang lama....... Tooooooolonglahhhhhh sembunyikan sikit. Tutup atau selindungkan sikit dengan pakaian yang besar-besar.. pandai-pandailah.Jangan buat siaran langsung percuma.
Ubah Pemikiran "alah tak apa".."orang faham".."orang tak heran".Itu kata kita. Pada pendapat kita. Namun PC yakin dalam ramai yang melihat.. mendengar.. ada yang berasa tidak selesa pada sesuatu yang terlalu terbuka dan dibiarkan bersahaja. Atau mungkin cara dan pemikiran PC yang kuno.Mungkin jugalah.
Maaf Kalau ada yang tidak bersetuju dengan perkongsian ini. Ini peringatan serius untuk PC juga.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
thanks atas ingatan
BalasPadamsama-sama..moga bermanfaat dan ini amaran untuk PC juga.
PadamBab pendapat tu kak ana setuju. Skrg ramai yg terlalu lantang memberi pendapat tanpa ambil kira keadaan sekeliling. Kadang benda yg sepatutnya pun di lontarkan. Hilang semua rasa malu :(
BalasPadamBetul kak.Beri pendapat tak salah pun..tapi kena tapis-tapis jugakan kak..kalau banyak buruknya baik tidak perlulah.
PadamTIDAK BOLEH TERBUKA SANGAT N SESUKA HATI SAJA PERLU ADA LAPIK N ALASNYA
BalasPadamKalau nak selamat itulah sebaiknya kan Kak PI.Setuju.
PadamKadang jadi serba salahkan..ikut keperluan..perlu kongsi..tak perlu baik simpan sahaja..
BalasPadam