بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SE"PERLU"NYA | PC ada banyak mahunya. Bercampur aduk antara keperluan juga kehendak.Walau kadang sudah diasingkan satu persatu. Tidak mahu menepis hakikat PC manusia biasa yang masih bertatih perbaiki banyaknya kelemahan diri.Kadang nafsu melangit sedang iman menjunam. Ujian sungguh-sungguh. Sedangkan doa hari-hari biar iman menebal dan mendalam.Aamiin.
Mahu lagi.. lagi.. dan lagi.Ada masa-masanya rasa mahu semahu-mahunya seakan macam lupa kudrat tidak boleh melangkau takdir terbaik,tepat dan indah adalah hanya DARI-NYA.
Ibaratnya.. PC mahu selautan..tapi Allah SWT beri setelaga.Inginnya setinggi langit.. Allah SWT beri tinggi sedepa.. Kerana Allah SWT hanya akan beri SE"PERLU"NYA PC sahaja..dalam banyak keinginan..bukan kerana DIA menzalimi tidak lain tidak bukan kerana DIA lebih mengerti dan mengasihi.
Dengan hanya mendapat SE"PERLU"NYA..moga menjadikan PC sentiasa mensyukuri.. Sabar.. Redha.. Tawakkal sentiasa. Boleh jadi andai mendapat lebih ianya mengubah ke arah kurang baik.Allah SWT yang cipta kita..hanya DIA tahu keseluruhan siapa PC juga siapa pun kita.
Salam Jumaat indah.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
betul tu.. seperlunya supaya kita sentiasa bersyukur..
BalasPadamSetuju Sha..
PadamSeadanya.. Wasatiah.. mudah2an kita sentiasa menjadi org2 yg bersyukur..:)
BalasPadamAamiin. InshaAllah.
PadamTerima seadanya apa yang Allah berikan kepada kita..
BalasPadamSyukurlah nanti Dia tambahkan lagi nikmat Nya ❤️
Betul tu. Aamiin.
PadamSemoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan umat yg mensyukuri segala nikmat Illahi dan memanfaatkannya diatas jlnNya yg lurus... aamiin.
BalasPadam