Tidak Perlu Karpet Merah Dan Meja Khas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

TIDAK PERLU KARPET MERAH DAN MEJA KHAS 

Benar hidup di dunia sangat sementara
Kelahiran
Kematian
Sehari-hari ada perkhabarannya
Bukan olok-olok
Inilah kenyataan
Nanti di akhirat satu kehidupan abadi
Semua bakal lalui
Tempuhi dengan cara dan bekalan sendiri 

Bawa bekal yang diusahakan sedari dunia
Menagih rahmat-Nya juga yang utama 
Moga lancar lintasan sirat
Laju tidak tersekat-sekat
Bersinar
Bercahaya
Bergemerlapan

Santuni siapa pun disekeliling mu
Tidak perlu karpet merah
Tidak juga meja khas
Cukup santuni dengan paling ikhlas
Dengan paling mewah kasih sayang
Nanti semuanya kembali padamu

Bukan karpet merah yang diingat
Tidak meja khas yang didakap erat
Melainkan ketulusan yang dihati melekat
Difikirkan terakam tepat

Jumaat barakah. Aamiin. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Jumaat PC. Bila kita menyantuni semua org disekeliling tanpa berdasarkan pangkat,harta, agama insyaAllah keberkatan tu kita boleh rasa.

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat PC..
    Terima kasih atas ingatan ini..
    Semoga kita sentiasa dalam lindungan Illahi..
    ..آمِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ

    BalasPadam
  3. Nasihat yang baik PC.
    Kadang-kadang Mrs. A terasa jugak bila pergi kenduri kahwin tuan rumah membeza-bezkan tetamu ada meja VVIPlah, ada meja VIP buah tangan pun berbeza-beza ntah apa-apa jer... #ingatanuntukdirisendiri

    BalasPadam
  4. Pangkat dan darjat itu mua xda erti..bila kita merendah diri..pasti org sng dgn kita

    BalasPadam
  5. Apalah sangat dengan karpet merah dan ikut protokol tu.. Kat akhirat kita semua sama je kan..

    BalasPadam
  6. Suka sangat rangkap ketiga tu.. semua indah bait kak PC tuliskan ni.. nice sharing

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama