Awas Ya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

AWAS YA

Ada itik juga angsa
Pulang ke kandang waktu senja
Perkara serius jangan dipersenda
Takut nanti buruk padahnya

Makan roti cicah kari
Kawankan dengan air kopi
Larangan Tuhan jangan diingkari
Itu bakal menyeksa diri sendiri 

Dengar petir ligat berlari
Terus sembunyi dibalik almari
Redha ibu bapa redha Ilahi
Berkat hidup dunia hingga akhirat nanti

Perkara baik jangan dicemburui
Lebih baik sentiasa dicontohi 
Mula-mula berbohong lama-lama mencuri
Sikap yang negatif cepat hindari

Sama corak sama warna
Mahu sedondon itu katanya
Ada masa boleh gurau senda 
Lihat-lihat juga dengan siapa kita berbicara

#sama-sama mencari redha Allah SWT 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sekarang ni memang banyak perkara serius yg kelihatan dipersendakan.
    Mungkin nak bagi org mudah faham...tp ishhh tak sesuai pada saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..yang tak seronoknya mungkin nak bagi orang faham tapi berakhir dengan mengaibkan.

      Padam
  2. Betul PC, bab berkata, bergurau kena tengok orang sekarang, ada yang memandang serius ada yang tak kisah tapi belakang aduh! berbisa plak di katanya kita..so awas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. part belakang berbunyi tu yang sangat-sangat tak seronok..mencetuskan rasa tidak selesa dan sakit hati..kira macam pura-pura..depan o.k..belakang k.o.

      Padam
  3. Pada SA kalau nak bergurau biar kena pada tempatnya..kalau bleh benda yang penting jangan di buat gurauan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada perkara boleh dibuat bergurau..ada perkara sangat tidak sesuai dijadikan bahan gurauan.

      Padam
  4. Ada benda kita serius, ada benda kita boleh bergurau. Kena hati-hati dalam setiap perkara. Salah langkah buruk padahnya. Tq PC for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Merosakkan diri sendiri dan menyakiti orang lain bila bergurau melulu ikut suka.

      Padam
  5. Bukan semua orang boleh terima gurauan kita.
    berhati2lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerimaan orang berbeza-beza walaupun adik beradik atau saudara mara sendiri.

      Padam
  6. wah best je nie...

    gurindam ke sajak

    yang penting mesej yang menarik dapat disampaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantun.Terima kasih.Moga ada sedikit manfaatnya.

      Padam
  7. Perkara serius tidak lagi dipandang serius sekarang ini.. dipersenda dan dipermainkan sesuka hati.. Sangat menakutkan..
    Baru ini ada juga dengar di radio seorang anak perempuan dengan sengaja meninggalkan emaknya kerana tidak mahu lagi menjaganya.. Allahu, sedih rasanya bila mendengar berita sebegitu..

    BalasPadam
  8. Sebelum berkata2 atau bergurau sekali pun mmg kena prihatin dan fikir dahulu kan.. kdg2 tak semua terima dan kdg2 takut juga disalah ertikan.. wallahualam.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama