Bantuan Yang Tertangguh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BANTUAN YANG TERTANGGUH.Mahu memberi tidak perlu terlalu heboh dengan jumlah atau kuantitinya.Paling penting kualiti dan setulus hati.Tetapi perlu juga disesuaikanlah.Beragak-agaklah.Logiknya seberapa dan bagaimana.Kalau ikut suka pun tak molek jugakan.JANGAN BERSIKAP KETERLALUAN..takut hujungnya jadi menzalimi.

Ikhlas jangan dijadikan tiket memperlakukan semahunya.Jangan juga menjadi jarum yang mencantum untuk menutup apa yang sememangnya jelas terlihat salahnya.."ya saya ikhlas"..kata "ikhlas" itu mampu melunturkan rasa marah,sedih dan tidak sukanya orang pada kita ye..mudah melembutkan hati tetapi jangan dijadikan gula-gula atau umpan.Dosa!.Nak bantu..betul-betul.Walau sedikit tapi berterusan.

Sesekali terlintas dihati PC..banyak bantuan yang tertangguh sepanjang usia PC.Berlegar-legar difikiran.Begitu.Begini.Mengapa tidak begitu.Kan baiknya begini.Namanya manusia.Allahu Allah.

Masa PC kanak-kanak..atok nenek (BELAH BABAH DAN BELAH MAMA) sudah tua.Bila PC semakin meningkat remaja dan dewasa mereka kembali kepada PENCIPTA.Cucu masih kecil..tempat atok nenek bermain.Bergurau senda.Tapi bila tiba cucu memerlukan kasih atok dan neneknya mereka sudah tiada.

Bantuan yang tertangguh.Kalau masa kecil seusia kanak-kanak pasti terhad bantuan yang boleh diberi kepada atok dan nenek.Budak kecik kannn..sebanyak manalah kudratnya..dan bila diusia sekarang..bila ada sesuatu yang ingin diberi..namun orangnya telah tiada..terkesan juga dihati sedihnya.

Barangkali dulu tidak mampu memberi bantuan yang banyak..sekarang masanya memberi bantuan berganda cuma dengan cara yang berbeza.

Sekian

Sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. JANGAN MMENANGGUH BANTUAN BIMBANG MENYESAL KAN

    BalasPadam
  2. Assalam PC, PC terpilih dalam pencipta perenggan kreatif kat blog saya tu. :)

    https://www.syaznirahim.com/2021/02/pencipta-perenggan-kreatif-di-hati.html

    Nanti whatsappkan details untuk hadiah ke 0192984616 ya :)

    BalasPadam
  3. Bantuan bolah diberi / datang dalam berbagai2 cara....

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua sentiasa istiqomah mencari redha Allah kan PC..

    BalasPadam
  5. bantuan datang dalam pelbagai cara dan bentuk

    BalasPadam
  6. hmmm sedih nya bila PC bercerita ttg grandparents ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama