BELUM TENTU MAMPU MENJADI PENJAMIN | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. Sayang.Pastinya rasa sayang ini bercambah. Semakin hari semakin subur dan rimbun. Allahu. Setiap kita Allah hantar rasa sayang. Sayang pada diri sendiri. Sayang pada insan-insan disekeliling kita. Sayang pada Allah SWT, Rasulullah SAW,agama,bangsa dan segenapnya. Luas dan dalam pengertian sayang itu. Sebati bagai darah daging dijiwa.
Kalau ada yang kata kita tidak boleh hidup dengan hanya berbekalkan rasa sayang... boleh jadi ada kebenarannya..namun kerana rasa sayang itu juga buat orang lebih melindungi.. lebih bertanggungjawab dan sentiasa berusaha mahu membahagiakan dengan cara dan mampunya masing-masing.
Belum Tentu Mampu Menjadi Penjamin
Ya, manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA. Bersyukurlah sentiasa dengan keistimewaan yang Allah SWT beri kepada kita.. di dunia ini andai dirasakan telah cukup segenapnya namun itu belum tentu mampu menjadi penjamin biarpun rasa sayang yang ada itu melimpah. Ada semuanya.Terlaksana setiap apa sahaja hajat dan sebagainya.
Kerana.. .. ..
Belum Tentu Mampu Menjadi Penjamin
Nauzubillah.Boleh jadi hari ini kita rendah pada pandangan manusia lain jangan sedih..kerana apa yang paling penting cukup sederhana pada pandangan manusia lain tetapi nampak mulia pada pandangan Allah SWT..dan jangan sampai menjadi yang paling rendah dipandangan Tuhan nantinya.
Belum tentu mampu menjadi penjamin..
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (At-Tiin : Ayat 6)
Tinta Perdu Cinta ❤
BELUM TENTU MAMPU MENJADI PENJAMIN |
Tags:
Santai