Bukan Kerana Hati Tisu Atau Mental Koyak

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN KERANA HATI TISU ATAU MENTAL KOYAK | Kegagahan fizikal mudah dilihat. Senang dipamer.. kerana penampilan luaran itu nyata dipenglihatan sesiapa sahaja yang melihat.. mahu melihat.. tidak sengaja terlihat.Adakah luaran yang boleh dilihat itu seperti yang terselindung di dalam.. Hati dan fikiran.

Jiwa-jiwa yang dijaga DIA
Sememangnya milik DIA
Sementara untuk hamba-NYA
Boleh berubah bila-bila masa
Seperti apa mahunya DIA

Mengalir air mata
Boleh jadi direka
Boleh jadi bukan dibuat-buat juga
Jangan dinafi memang adanya
Mengalir kerana acuan rasa
Bukan kerana perangai mengada-ngada
Bukan kerana hati tisu menjadi angkara

Keterbatasan mampu hamba
Mahu tidak mahu hakikatnya
Lemah rebah juga
Dibendung pecah juga
Ditahan terluah semua
Bukan kerana mental koyak sebenarnya
Bukti hamba ini biasa-biasa hakikatnya

related image
Bukan Kerana Hati Tisu Atau Mental Koyak | image Google

Bila melihat air mata mengalir deras.. Bila melihat amarah keras.. Jangan dituding kerana berhati-hatilah tisu.. Jangan dikatakan mental koyak.. kerana tidak berada disituasi dan kisahnya buat kita tidak mengalami dan merasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Jangan dipendam perasaan. kalau menangis boleh meredakan, luahkan la dgn cara yg kita selesa. Blogwalking weekend sini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Mengadu ditempat yang betul.Minta pada yang tepat.InshaAllah baik-baik semuanya nanti.

      Padam
  2. bergantung kepada situasi yang kita hadapi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.mengikut apa yang benar-banar sewajarnya.

      Padam
  3. Yang merasai betapa sakitnya hati atau kejadiannya, dia sahajalah yang tau betapa lembutnya hati umpama tisu...walau airmata jatuh sekalipun tapi tidak akan mengubati hati yang sakit...

    BalasPadam
  4. setiap orang ada ceritanya tersendiri..

    BalasPadam
  5. Betul.. kita tak boleh menilai org klu tak tau apa yg mereka lalui dan alami. Tak semua org sama cara menghadapi sesuatu dugaan dan tak bermakna tak kuat menghadapi walaupun perlu menangis..

    BalasPadam
  6. Sangat betul.. Sebab kita hanyalah manusia yang lemah.. menangis meluahkan rasa tu menunjukkan kita ini manusia.. Sentiasa ada kekurangan.. Setiap kita ada jalan cerita yang tersendiri..

    BalasPadam
  7. I think You put a great deal of exertion to make this article. I like your work. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... The world's best places to travel with Things to do

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama