Cepat-cepat Tamatkan Episod

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CEPAT-CEPAT TAMATKAN EPISOD | Bila mula menonton drama berepisod dan drama tu ngam atau klik dengan jiwa..setiap hari sentiasa ternanti-nanti..rasa tak sabar tu lain macam.Kalau boleh nak cepat-cepat tengok.Tak payahlah dibuat berepisod.Sama jugalah bila dah mula baca novel yang tangkap jiwa..merasuk dihati dan fikiran..boleh habis baca satu novel dalam sehari dua.Bab demi bab dibaca.Tak terasa pun keletihan.Kerana mahu tahu kisah akhirnya bagaimana.

Itu bila menonton drama Melayu,korea dan sebagainya serta membaca novel,komik juga lainnya.namun satu hal yang kadang terlepas pandang sedangkan PC dan orang lain juga kena cepat-cepat tamatkan episodnya.Apakah?

Bila tahu ada benih-benih pertelingkahan atau salah faham mula bercambah dan bertunas..kalau boleh cepat-cepatlah tamatkan sebelum merebak menjadi lebih parah dan melibatkan lebih ramai orang,kerana perkara seperti itu sangat digemari jin atau syaitan yang sentiasa mahu melihat perpecahan pada umat Islam.Nak menjalin silaturahim itu mudah sebenarnya tapi nak memutuskannya lebih mudah.

Penyebaran berita tidak benar dan samar.Selagi satu perkara itu tidak sahih kebenarannya jangan mudahnya disebar.Waima sahih sekalipun perlu dipertimbangkan berkali-kali kerana penerimaan orang itu berbeza-beza..kalau lebih cenderong ke arah yang negatif adalah lebih baik tidak disebarkan kerana akhir zaman ini biarpun perkara baik masih ada yang tidak menyukainya.

Kadang-kadang lebih baik tidak mencampuri urusan orang.Lebih lapang fikiran.Lebih tenang hati.Namun begitu ada masanya perlu juga libatkan diri bukan kerana ghairah menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri sedia rabak..sebaliknya untuk melepaskan diri bila ditanya di hadapan Allah SWT kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. KAWALDIRI LAKUKAN SESUATU WALAU BHGIA DIRI YG DICARI

    BalasPadam
  2. Episod bergaduh ni kadang-kadang ada je campur orang luar tu yang benda kecik jadi besar. Elok mini drama dah jadi sinetron

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama